Showing posts with label World. Show all posts
Showing posts with label World. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Relakan Jiwa

Salam

Pernah tak dalam hidup kalian merasakan kehilangan sesuatu?
Pernah tak dalam hidup kalian rasa kehilangan dalam keterpaksaan?
Pernah dipaksa untuk melepaskan? Terpaksa intuk melupakan?
Pernah tak kalian hilang sesuatu yang tak pernah kalian miliki?

Persoalan gila yang orang gila pun belum mampu nak jawab.
Maaf dah lama menyepi dan muncul lagi dengan sebuah elergi.
Hidup ini tak pernah puas menyaksikan orang gembira.
Takdir pula begitu cemburu melihatkan kebahagiaan.
Si pencinta dunia terus bicara soal cinta.
Bagaimana mahu bercinta andai saban hari diri bercumbu derita?

Sebab tu agaknya lately ni, aku lebih suka bicarakan tentang galaunya hati.

KERANA ITU ADALAH REALTI KEJI YANG TIADA ROH SUDI UNTUK MENGERTI.

Kadang-kadang kita rasa segala-galanya kita telah miliki.
Kita rasa kita telah dapat apa yang kita inginkan.
Kita rasa bahawa apa yang ada sekarang adalah yang terbaik.
Kita bersyukur, kita berdoa, kita merayu agar tuhan pelihara segala apa yang telah dikurniakan.

TAPI

Entah kenapa.
Langit cerah dinoda mendung kelabu.
Hujan menggila kembali menhentak.
Seakan penyesalan dulu tidak bertemu hujung maafnya.
Segala kebaikkan yang ada dipandang sepi.
Terasa semua keikhlasan makin jauh dan terus hilang.
Harapan, semangat dan perjuangan  lenyap ditiup hempasan badai semalam

Sengaja aku tuliskan entri ni dalam kata yang berbelit.
Semoga hati yang benar2 ikhlas akan memahami..
Kerana aku terasa, tubuh dan jiwa dah semakin letih untuk sebuah lagi mimpi ngeri.
Berusaha mengelak api yang kian membakar diri.

Semua doa, semua harapan dan semua perkara makin pudar, hancur dan terus hilang...........



Aku bertanya pada dia tentang kehilangan. Dia tersenyum sinis seakan mengejek.. Dia tertawa melihat kebodohan dan kebebalan yang makin ligat ditampal. Hanya satu yang dituturkan: 

 "BAGAIMANA KAU BOLEH KEHILANGAN SESUATU YANG TAK PERNAH KAU MILIKI?"


Monday, July 15, 2013

Kebencian Sepenuh Hati.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hye bros!
Wakaka.

Moga anda luar biasa sihat, sentiasa bagus dan hebat sekali! 
:D

Baru-baru ini, aku ada terdengar lagu Maher Zain.
Love will Prevail (Cinta akan mengatasi/menang)
Sebuah nukilan seorang manusia tentang perang.
Tentang betapa dunia ini menuju kemusnahan akibat perang.
Perang yang dicetuskan oleh tangan-tangan kotor dan jiwa yang tak pernah dicuit dengan rasa bersalah.

SUNGGUH!
Jiwa, roh, diri, setiap inci tubuh aku benci dan meluat dengan mereka yang mencetuskan perang.
Benci terhadap jiwa-jiwa yang sewenang-wenangnya bertindak sebagai Tuhan, mengambil dan mencabut nyawa orang lain tanpa belas kasihan.
Benci terhadap jasad-jasad yang menjadikan agama aku sebagai alas kaki mereka.
Benci terhadap pemikiran kolot dan pengecut, bertindak kuku besi kerana takutkan  keunggulan dan kekuasaan Islam.

SUNGGUH!
Aku benci terhadap manusia-manusia yang menindas mereka yang lemah.
Benci terhadap batang tubuh yang suka meperlekehkan orang dan menjadi hakim terhadap orang lain.
Benci terhadap mereka yang menjatuhkan hukum tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Benci terhadap setiap inci diri mereka yang tak putus-putus meyakiti hati dan perasaan orang lain.

SUNGGUH!
Diri aku kerdil, tak mampu untuk melawan diri mereka di medan perang.
Iman aku lemah kerana hanya mampu membenci dengan hati..
Kuasa aku sedikit kerana tidak mampu untuk menghulurkan apa-apa bantuan.

SUNGGUH!
Aku hampa kerana semakin hari, semakin ramai jiwa yang tak berdosa menjadi mangsa.
Terguris kerana saban hari diri ini dihidangkan dengan paparan pembunuhan kejam saudara seIslam.
Sedih kerana semakin lama, kekuatan umat Islam semakin luntur ditelan zaman.
Kecewa kerana tiada kuasa besar yang ingin bertindak mencari keamanan.
Sakit kerana tangan-tangan kotor musuh Islam itu tak pernah berhenti merobek, memusnahkan segala yang indah di hadapan mata.
Terkilan kerana diri ini tak mampu memujuk, memeluk dan menyelamatkan anak-anak kecil yang meraung, tak mampu untuk mengatakan bahawa semuanya akan selamat.

Astaghfirullahalazim..

Moga Allah mengurniakan syurga buat diri umat Islam yang terkorban dalam menegakkan agama Allah. Biarlah tiada keindahan di dunia yang kejam ini, tapi cukuplah ganjaran yang terbaik untuk mereka di sana.
Apa yang kita boleh lakukan?
Cegahlah perkara ini menggunakan kuasa anda. 
Hindarkan menyokong musuh Islam secara langsung atau tidak langsung.
Jika tidak mampu, cegahlah dengan hati.
Jika tidak mampu, cegahlah dengan hati kita.
Tapi kita harus bersedih, kerana mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Tidak mengapa, tadahkan tangan dan panjatkan doa.
Doa untuk saudara Islam kita di seluruh dunia.
In Sha Allah, Allah takkan pernah gagal menjawab doa hambaNYA.
Doa adalah senjata umat Islam yang paling kuat.

In Sha Allah, satu hari nanti, keadaan akan kembali aman.
In Sha Allah, kebaikkan akan kita peroleh.
Kalau bukan di dunia yang fana ini, in sha Allah di akhirat nanti.
In Sha Allah,
LOVE WILL PREVAIL.
:)

Wassalam~

*Di sebalik tabir kerinduan, kita terus memandang hampa pada dunia...


~BUTA MATA HATI ADALAH SATU PERKARA YANG SUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIHKAN-

Saturday, January 12, 2013

MUSIM BOIKOT

Assalammualaikum,,
Salam sejahtera buat semua manusia atas muka bumi ni.
Moga kita semua mendapat limpahan rahmat dan berkat daripada Yang Esa.

Sihat?
Harap-harap anda semua luar biasa sihat, bagus dan hebat sekali..
Cuma aku je xberapa sihat.
Demam selsema datang melawat tym2 exam cani.
Aduhhh..

Bila xsehat cani, mula r teringat kat uma.
Kalau kat uma, ade org jaga, ade org ley buatkan bubur, ade org ley belikan ubat.
Tapi ni kat U..
Redha je la..
Sakit tu kan penghapus dosa2 kecil?

Hari ni, hati aku tergerak nak post pasal kes BOIKOT BARANGAN2 ISRAEL.

Apa masalah pasal kes boikot tu?
Xde masalah apa2..
Cuma hati ni sedikit terkilan dan kecewa..
Betapa manusia tu boleh menggadaikan prinsip dan pendirian sekelip mata,
hanya kerana xmampu menahan gelora nafsu di dada.

Tahukah anda, penyumbang terbesar kepada Israel, adalah produk makanan segera yang diagung-agungkan di Malaysia.
Produk makanan yg hanya mempunyai 3 huruf itu (bermula dengan huruf M) pernah melaporkan menghadapi kemelesatan yg drastik hasil boikot rakyat Malaysia.

Apabila memboikot, bukan niat kita untuk mengganggu-gugat periuk nasik org lain, tapi jika periuk nasi itu turut dikongsi oleh mereka yang menjatuhkan Islam, adakah kita rela?

Jika pada waktu peperangan Palestin VS Israel, kita sibuk memboikot makanan tersebut.
Jika pada waktu itu, kita memandang jengkel terhadap org yg membeli makanan itu.
Jika pada waktu itu, kita sibuk menuduh org yang membeli makanan tu sebagai tdak peka dan tidak mempunyai perasaan,
Adakah sekarang kita hendak menuduh diri kita sedemikian rupa?

Kenapa perlu boikot itu mengikut musim?
Adakah diri kita yang sebelum ni memboikot bukan disebabkan prihatin tapi sebab malu takut dituduh sebagai tidak prihatin?

Alasan yang diberikan adalah niat kita hanya untuk makan, bukan untuk menyumbang.
Kenapa xguna alasan ni waktu nyawa dan darah rakyat Palestin dalam genggaman Israel waktu perang dulu?
Kenapa baru sekarang nak bagi alasan tu?
Matlamat dan niat xpernah mengelokkan cara.

Aku bukan xpuas hati pasal ape orang nak makan.
Apa yang aku kesalkan, prinsip dan pendirian orang boleh berubah hanya sebab xdapat menahan nafsu.
Aku kesal dan kecewa, mengapa dulu boleh prinsip tu seteguh konkrit dan tiba-tiba merapuh cam biskut?

Lain kali, kalau macam ni gayanya, xperlu sibuk nak boikot tym perang bagai.
Xperlu sibuk nak cakap org lain tak prihatin.
Sebab kita pun sama.

Takpelah..
Duit masing-masing kan.
Aku komen pasal benda ni sebab aku banyak nampak.
Benda ni peringatan untuk diri aq gak..
Mungkin sok lusa aq terlibat sama.
Sape yang terasa, aku mintak maaf.
Tapi fikirkanlah, jangan menentang bulat2.

Kenapa xboikot barangan lain?
Sebab ada antara barangan itu, KEPERLUAN kita dalam kehidupan seharian.
Bukan KEHENDAK!
N aku ingatkan sekali lagi, antara banyak2 produk, produk makanan segera M itu adalah antara penyumbang terbesar.

Moga Allah jauhkan kita semua daripada fitnah2 dunia, fitnah Dajjal serta azab di akhirat.




HIDUP INI KETERPAKSAAN YANG PERLU, BUKAN SEBUAH PILIHAN YANG MENYEDIHKAN.



Friday, November 2, 2012

DARA UNTUK DIJUAL!!!

Assalammualaikum.
Fuhhhhhhhhh.. *Tiup2 habuk.
Hohoh.
Sorry r, lame xmenyemak kat sini.
Bukan busy, cuma xde idea nak tulis ape.

Maaf, jika tajuk ini mengundang rasa xpueh hati sesetengah pihak.
Baca sampai habes dulu, baru boleh nilaikan.

Sebenarnya berita ni dah lama tersebar, cuma aku rasa malas nak kupas kat sini.
Pagi tadi membe aku dtg bilik, n bangkitkan pasal benda ni.
Aku pun rasa nak share kat sini.

CERITA APA?

Baru-baru ni, masyarakat dikejutkan dengan berita seorang pelajar Brazil, melelong DARAnya di internet dan mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak!
*Aku tak tau betul2 terkejut atau pura2 terkejut.
Akhirnya, setelah lelongan selesai, daranya akan dijual pada harga RM2.4 juta (setelah ditukar kepada Ringgit Malaysia).

Pelbagai pihak media massa ingin mengadakan temu bual dengan dia untuk mengetahu pengalaman sebelum dan selepas.

Geleng kepala??
Kalau sampai kepala ni tertanggal sekalipun, perkara keji ni dah berlaku dan pasti akan terus berlaku.

Lebih malang lagi,
keluarga si gadis yang tidak tahu erti keMALUan tu *eh,
rasa gembira dan teruja dengan perkara ini...

Macam-macam.
Ngeri, seriau, cuak, trauma bila dengar perkara-perkara macam ni.
Kalau r, benda ni merebak dan membiak dalam negara kita, achaner uh?

BUKA MINDA, BUKA HATI, KENALI DIRI..

Penat nak tulis panjang-panjang. Bukan boleh halang gadis tu pun buat benda kurang bijak ni.
Haish..
Nak tau lebih, tekan sini!!

Ok. Caw!

PS: Kalau 2 singgit, aku pun nak beli. #EHHH..
kidding2.. 
:p




-JAUHKAN WARISAN KAMI DARI KEDURJANAAN MANUSIA-




Monday, July 2, 2012

La Furia Roja - This Is Crazy!!

Salam 1 Dunia.
:)

Euro 2012 dah tamat,
aku ulang,
TAMMAT!!

Back to basic,back to our own life.
Prepare nak puasa,prepare nak raya. (awal sekali.haha)
Prepare sebelum buku amalan ditutup, InsyaAllah maghrib 5 Julai nanti..

Alhamdulillah, Sepanyol menang.
Seperti dijangka, mengulangi kejayaan Euro 2008 n World Cup 2010.
And,it is a very great record indeed!!

Sebelum ni sampai gaduh2 ngan membe.
Saling bahan-membahan.
Tapi no heart feelings oryte?
Kalah menang adat r..
Bola tu bulat,n mungkin pusingan atas bola uh berpihak kepada Sepanyol kali ni.
Lek2 sudah
:)

Aq kongsi victory ni ngan membe2 aku..
Ye r, kalau nak harap abg2 aku, spain asek kene bahan je..
Dorg pegi sokong sangat Itali tu pahal?
kan dah..
heheh

__________________________________________________________________________-

Faizal: Cuak lak aku tengok balotelli tu. Kepala Balotelli bahaya doe. Hahah..

Aku: Atas kepala dia bukan rambut tu, ade antenna.. hahaha...

............................................................................

Aku: Spain  cam goyah do tahun ni. Ley ke menang? Asek waste gol je.

Faizal: Hmm,kompem menang la spain. ;)

_____________________________________________________________________________

Ye, memang Spain kompem menang. Dapat sumbat 4 gol do.. Hahah..
Italy kene lauk, tapi yang aku xbole blah uh, apsal player dia sampai nanges2..
Haishh..
Xpasal2, aku sedeh macam tgok drama petang2 lak..
:O

_____________________________________________________________________________

Aku: Tahniah teammate. La roja kenduri gol! Hahah.. Open table r.!!

Syahid: Huh. bosan. Tak yah tgk dah tau spain menang la. Ape cer gamba yg 'sapa kalahkan german akan menang final'? Puih.. hahaha.. Aik,apsal aku lak yg kene blanje? Noobers2 yg slalu kutuk r kene belanja. Hahah.

_____________________________________________________________________________

Perbualan diatas telah disusun dan disunting.
:P

Lelaki dan bola, xley nak pisah sngt r..
Boleh demam,boleh jadik gaduh.
Tapi seme benda uh main2, xde serius2 mana pun.
:)

Kepada yang xminat, atau terkilan dengan kemenangan Spain, xperlu berduka.
Kalah menang adat.
Sama ada kau atau aku,
kita dua2 xdapat duit pun..
Hehhe..

Cuma kadang2,dalam dunia ni,kita kene rasa PUAS.
Dan ini dinamakan PUAS.

Rahmat dan kegembiraan yg Allah bagi tu luas, jadi, marilah kita sama2 berkongsi,xkesah r menang ke xmenang.
v(^.*)v

Chow!!



Ps:Jangan salah faham. Entri ni ditulis tanpa niat untuk berlagak atau riak. Hanya berkongsi. Jangan salah paham. Xhensem, xcantik kalau salah paham. hehe

-KALAH ATAU MENANG PERMAINAN DUNIA. APA JUGA KEPUTUSANNYA, KITA HARUS TERIMA KERANA MUNGKIN ITU ADALAH YANG TERBAIK-


credit to Faizal,syahid,choi n namsen

Friday, July 15, 2011

Jika Benar Cinta Itu BUT*..

Ada mereka yang berkata cinta itu ibarat sambal belacan,
walau pedas sampai air mata menitik,air liur menjejeh (pengotor)hahah,
tapi tetap orang makan jugak..
:p

Ada mereka yg lain berkata bahawa, cinta itu ibarat menunggu bas..
Kadang2,ada bas yg datang,tapi xkena dngn cita rase kiter..
Kita biarkan bas tu jalan,last2 langsng xde bas yng lalu..

Ada jugak yang berkata,bahawa cinta macam kopi, kalau letak ais(sejuk) makin sedap..

Ada yang kata ,cinta tu macam pelangi, xpernah gagal untuk muncul lepas hujan,cuma manusia yang selalu gagal untuk melihatnya..

Ada yang cakap cinta tu xde ape2..
Love is a BIG SHIT!
haha..

Betapa indah Cinta tuhan kepada hambaNya,cinta Rasul kepada umatNya, cinta ibu kepada anaknya,
cinta Adam dan Hawa,Shah Jahan dan Mumtaz..
Bnyk lagi r..

Cuma skrg ni,bnyk timbul persoalan masih wujudkah cinta manusia kepada manusia?
Cinta yg sejati?

ATAU

hanya nafsu yang dinamakn cinta?
yang bnyk buat manusia hanyut?
buat manusia keliru?
Suka dinamakn sayang?
Fikir r senirik..
gua pun xtau..

Ada manusia pernah berborak ngan aku dan berkata:
TUNJUKKAN AKU CINTA MANUSIA YG SEJATI..

aku terdiam..

Ada cinta sejati?Cinta yang celik?yg xbuta? Tunjukkan..

Chow....

ps:everytm i heard FOR THE REST OF MY LIFE song,I remembered you..
take care of urself..
:)

-SATU HARI,KAWAN DAN CINTA BERJALAN2,CINTA TERJATUH KE DALAM LUBANG.
KENAPA?KERANA CINTA ITU BUTA-


Tuesday, July 12, 2011

Post Mustahil...

Assalammualaikum..
Pelik tajok atas?
Hahah..

Pelik mmg pelik..
Aku pun pelik kenapa aku nak buat post pasal ni..
Kegilaan masyarakat sekarang..
Xsemua,tapi hampir semua...
Apa?

K-POP @ KOREA POP..

Aku bukan nak cter pasal grup mereka,lagu2 mereka atau drama2 mereka..
Sebab aku xminat..
Mungkin ade r satu dua lagu,grup atau drama yg aku tau..
Lain aku xamek kesah..

Cuma kadang2,bila aku tgk2 pelakon2 atau penyanyi2 korea,
aku pun tpikir satu benda yg xkan berlaku..
SUNAT LAGI SEKALI PUN,XMUNGKIN BERLAKU DER..

Apa?

Aku nak menjadi salah seorang manusia Korea..
hahah..
lawak la ko giler!

Ye r..
Mereka kacak bergaya..
Ramai org tergila2..
Hampir semua pompuan cair ngan mamat korea..
Walaupun kebanyakkan mamat Korea tu jambu..

Kan bagus kalau diri ni bole bertukar2..
Hahha..

Tiba2 jadik macam ni..

Ricky Kim

Nant dapat bini pun lawa,macam ni..

Abaikan perot pompuan tuh..hahah

Ataupun seperti yg perempuan gila2kan ni..

HUJAN

ataupun seperti grup ni..


Mesti,kalau ada gurl2 yg baca post ni,
setiap kali nampak gamba2 kat atas,
mesti mereka cakap..
"wah,hensemnya..
semartnya..
cute nya

kan?
xpayah nak tipu r..
ahha..

TAPI,XMAEN R STOCK2 YG MUKA JAMBU SANGAT..
lemau..
hehhe..

Dan,
Bila aku dah jadik mamat korea nanti,
mesti aku akan didampingi oleh perempuan2 
yang cantik bergaya macam ni..








kalau minah2 ni pakai tudung,FUHHHHHHHHHH..hahah



Pasti aku jadik org yg paling bahagia atas muka bumi ni..
Kenapa tak?
Dapat awek,stok2 muka yang cute,sembab macam ni..
mmg idaman do..
Like2..
hahah..

Tapi,
semua ni mustahil bai..
Suffian2,
xpayah nak mimpi do..
Kulit aku pun xberapa nak korea..
Ade hati nak jadik mamat korea..
Hahha..

apae2pun..
Ini saje2..
Bukan aku nak sngt ..
Aku bersyukur apa yg ada..
Setiap orang diberikan sesuatu yang unik tentang diri masing2..
Alhamdulillah..

Tapi kalau dpt.xbole nak cakap ape r kan?
hahah..

-CHOW-

ps:ada cara nak tambahkan isi kat badan? bagitau aku...
Tapi kalau suh aku makan bnyk,lagi baik xpayah..
Aku ni,melantak banyak2 tiap2 ari,tapi macm tu gak..
ahhahaha..
:p

-MENJADI MANUSIA SEJATI ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENJADI MANUSIA PLASTIK- 

Monday, June 27, 2011

BAYI ITU TAK PERNAH BERSALAH!

Assalammualaikum..
Hari ni aku cuti bai..haha
Macam org laen xpenah cuti plak r..hahah

Hmm,
tadi,
aku bace surat khabar,
selak punye selak,
aku ternmpak lagi..

BAYI DIBUANG..

Sebenarnya aku dah muak cakap pasal ni..
Aku yakin orang lain pun same..

Tapi perkara yang sama berlaku lagi..
Dulu,
beberapa minggu lepas,bayi baru lahir dicampak dari tingkat lima..
Bukan rendah..
TINGKAT LIMA!..
Apa dosa bayi tu?
Dia xtau apa2..
Dia sendiri pun tak tau,dia hasil perbuatan HARAM mak bapak dia..
Belum sempat dia merasai hidup,menghirup udara kat dunia ni..
Ada pihak yang berlagak sebagai TUHAN,mencabut nyawa dia..
Bukan dalam keadaan yang baik,
dia ditinggalkan di dalam semak,dihurung semut.dimakan anjing..
Apa ni?

Belum cukup dng tu,ada yang disumbat dalam mangkuk tandas,dicampak dari bangunan,ditanam ,dibuang kedalam tong sampah,dilempar ke dalam sungai...
Siapa kita hendak mencabut nyawa insan lain,apatah lagi seorang bayi yang baru lahir?

Adakah kita masih tidak sedar akan kesilapan yang kita lakukan?
Bertambah pahala dengan buang anak haram tu?
Siapa yang mewujudkan perkataan HARAM pada anak itu?

Masih terlupa dan masih alpa..
Berani untuk melakukan hubungan terlarang.
tetapi takut nak berjuang?
BERANI BUAT,BERANI TANGGUNG R..

Otak ade,bukan untuk memikirkan maksiat..
Akal ada,bukan untuk mengikut telunjuk syaitan..
Bertepok tangan si SYAITAN bila kau berzina,
melompat2 dia bila kau campak anak tu..
Tapi malangya,
masih ramai yang xperasan..
Atau mungkin jugak xde perasaan?

Binatang pun sayangkan ank..

Jngn tunjuk bahawa kita lebih teruk dari binatang..

Aku kesal,aku bosan..
Setiap kali aku keluar,
mcm2 pemandangan 'indah' yg aku tengok..
Ketat sana sini,terdedah sana sini..
Sapa suruh tengok??
Kalau aku xmelihat sekeliling,mmg aku ditimpa masalah..
Terlanggar org sana sini..
Bukan kalian mmg nak suruh org tengok ke?
Tutup lah aurat wahai perempuan..

Belum lagi yang berpegangan,berpelukan sana sini..
Bagi aku Xsalah nak dating,tapi kalau xbersentuh kulit,bukan kapel ke?
Hubungan..
hampir 65 % mereka yg belum berkahwin menagku pernah melakukan hubungan seks terlarang..
Majoriti Melayu Islam..
Selebihnya,sama ada masih suci ataupun pernah melakukan ringan2..
Ringan2?
Nant dah terlanjur,mengandung,baru jadi berat?

Budak sekolah,sibuk berpasanagn..
Hp melekat kat tangan..
Mak bapak yg berikan..
Takut anak2 merajuk..
Tapi mak bapak xtakut anak2 k\jadi beruk?

Maaf,bahasa aku xelok..
Aku pun bukan seorg yg sempurna..
Ad jugak langkah aku pincang..
Tapi aku,xnak generasi aku terus terbuang...

X ke ade sedikit rase kesian melihat bayi2 tu?
Mereka perlukan kasih sayang..
Bukan gigitan semut..
Bukan bahaman anjing..
Bukan bau sampah apatah lagi bau tandas..
Bukan jugak dicampak dari bangunan..
Tidakkah kau sedar,setiap bayi itu membawa rezki dan rahmat tersendiri??

Tidakkah kau sedar,
di akhirat nanti anak itu akan menangis,
kerana dia tidak dapat membantu kau memasuki syurga?
Tidak dapat menyambut kau kerna kau telah membuangnya?

Sedarlah,
jangan melakukan kesilapan kedua,hanya kerana kita tidak sanggup menanggung akibat daripada kesilapan kita yang pertama..
InsyaAllah,Allah permudahkan jalan bagi mereka yang bertaubat dan ingin berubah..

Lagi sekali,aku minx maaf.. Ini renungan bersama..

ps:Apa yang kita rasa jika di akhirat nanti,datang seorang budak laLu bertanyakan:
*Kenapa kau membuang aku?
*Apa dosa dan salah aku?

Gamba hiasan
Fikirkan lah..

Assalammualaikum..

-DAN BENCANA YANG MELANDA,GENERASIKU MENJADI MANGSA-

-