Saturday, January 12, 2013

MUSIM BOIKOT

Assalammualaikum,,
Salam sejahtera buat semua manusia atas muka bumi ni.
Moga kita semua mendapat limpahan rahmat dan berkat daripada Yang Esa.

Sihat?
Harap-harap anda semua luar biasa sihat, bagus dan hebat sekali..
Cuma aku je xberapa sihat.
Demam selsema datang melawat tym2 exam cani.
Aduhhh..

Bila xsehat cani, mula r teringat kat uma.
Kalau kat uma, ade org jaga, ade org ley buatkan bubur, ade org ley belikan ubat.
Tapi ni kat U..
Redha je la..
Sakit tu kan penghapus dosa2 kecil?

Hari ni, hati aku tergerak nak post pasal kes BOIKOT BARANGAN2 ISRAEL.

Apa masalah pasal kes boikot tu?
Xde masalah apa2..
Cuma hati ni sedikit terkilan dan kecewa..
Betapa manusia tu boleh menggadaikan prinsip dan pendirian sekelip mata,
hanya kerana xmampu menahan gelora nafsu di dada.

Tahukah anda, penyumbang terbesar kepada Israel, adalah produk makanan segera yang diagung-agungkan di Malaysia.
Produk makanan yg hanya mempunyai 3 huruf itu (bermula dengan huruf M) pernah melaporkan menghadapi kemelesatan yg drastik hasil boikot rakyat Malaysia.

Apabila memboikot, bukan niat kita untuk mengganggu-gugat periuk nasik org lain, tapi jika periuk nasi itu turut dikongsi oleh mereka yang menjatuhkan Islam, adakah kita rela?

Jika pada waktu peperangan Palestin VS Israel, kita sibuk memboikot makanan tersebut.
Jika pada waktu itu, kita memandang jengkel terhadap org yg membeli makanan itu.
Jika pada waktu itu, kita sibuk menuduh org yang membeli makanan tu sebagai tdak peka dan tidak mempunyai perasaan,
Adakah sekarang kita hendak menuduh diri kita sedemikian rupa?

Kenapa perlu boikot itu mengikut musim?
Adakah diri kita yang sebelum ni memboikot bukan disebabkan prihatin tapi sebab malu takut dituduh sebagai tidak prihatin?

Alasan yang diberikan adalah niat kita hanya untuk makan, bukan untuk menyumbang.
Kenapa xguna alasan ni waktu nyawa dan darah rakyat Palestin dalam genggaman Israel waktu perang dulu?
Kenapa baru sekarang nak bagi alasan tu?
Matlamat dan niat xpernah mengelokkan cara.

Aku bukan xpuas hati pasal ape orang nak makan.
Apa yang aku kesalkan, prinsip dan pendirian orang boleh berubah hanya sebab xdapat menahan nafsu.
Aku kesal dan kecewa, mengapa dulu boleh prinsip tu seteguh konkrit dan tiba-tiba merapuh cam biskut?

Lain kali, kalau macam ni gayanya, xperlu sibuk nak boikot tym perang bagai.
Xperlu sibuk nak cakap org lain tak prihatin.
Sebab kita pun sama.

Takpelah..
Duit masing-masing kan.
Aku komen pasal benda ni sebab aku banyak nampak.
Benda ni peringatan untuk diri aq gak..
Mungkin sok lusa aq terlibat sama.
Sape yang terasa, aku mintak maaf.
Tapi fikirkanlah, jangan menentang bulat2.

Kenapa xboikot barangan lain?
Sebab ada antara barangan itu, KEPERLUAN kita dalam kehidupan seharian.
Bukan KEHENDAK!
N aku ingatkan sekali lagi, antara banyak2 produk, produk makanan segera M itu adalah antara penyumbang terbesar.

Moga Allah jauhkan kita semua daripada fitnah2 dunia, fitnah Dajjal serta azab di akhirat.




HIDUP INI KETERPAKSAAN YANG PERLU, BUKAN SEBUAH PILIHAN YANG MENYEDIHKAN.



No comments:

Post a Comment