Monday, July 15, 2013

Kebencian Sepenuh Hati.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hye bros!
Wakaka.

Moga anda luar biasa sihat, sentiasa bagus dan hebat sekali! 
:D

Baru-baru ini, aku ada terdengar lagu Maher Zain.
Love will Prevail (Cinta akan mengatasi/menang)
Sebuah nukilan seorang manusia tentang perang.
Tentang betapa dunia ini menuju kemusnahan akibat perang.
Perang yang dicetuskan oleh tangan-tangan kotor dan jiwa yang tak pernah dicuit dengan rasa bersalah.

SUNGGUH!
Jiwa, roh, diri, setiap inci tubuh aku benci dan meluat dengan mereka yang mencetuskan perang.
Benci terhadap jiwa-jiwa yang sewenang-wenangnya bertindak sebagai Tuhan, mengambil dan mencabut nyawa orang lain tanpa belas kasihan.
Benci terhadap jasad-jasad yang menjadikan agama aku sebagai alas kaki mereka.
Benci terhadap pemikiran kolot dan pengecut, bertindak kuku besi kerana takutkan  keunggulan dan kekuasaan Islam.

SUNGGUH!
Aku benci terhadap manusia-manusia yang menindas mereka yang lemah.
Benci terhadap batang tubuh yang suka meperlekehkan orang dan menjadi hakim terhadap orang lain.
Benci terhadap mereka yang menjatuhkan hukum tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Benci terhadap setiap inci diri mereka yang tak putus-putus meyakiti hati dan perasaan orang lain.

SUNGGUH!
Diri aku kerdil, tak mampu untuk melawan diri mereka di medan perang.
Iman aku lemah kerana hanya mampu membenci dengan hati..
Kuasa aku sedikit kerana tidak mampu untuk menghulurkan apa-apa bantuan.

SUNGGUH!
Aku hampa kerana semakin hari, semakin ramai jiwa yang tak berdosa menjadi mangsa.
Terguris kerana saban hari diri ini dihidangkan dengan paparan pembunuhan kejam saudara seIslam.
Sedih kerana semakin lama, kekuatan umat Islam semakin luntur ditelan zaman.
Kecewa kerana tiada kuasa besar yang ingin bertindak mencari keamanan.
Sakit kerana tangan-tangan kotor musuh Islam itu tak pernah berhenti merobek, memusnahkan segala yang indah di hadapan mata.
Terkilan kerana diri ini tak mampu memujuk, memeluk dan menyelamatkan anak-anak kecil yang meraung, tak mampu untuk mengatakan bahawa semuanya akan selamat.

Astaghfirullahalazim..

Moga Allah mengurniakan syurga buat diri umat Islam yang terkorban dalam menegakkan agama Allah. Biarlah tiada keindahan di dunia yang kejam ini, tapi cukuplah ganjaran yang terbaik untuk mereka di sana.
Apa yang kita boleh lakukan?
Cegahlah perkara ini menggunakan kuasa anda. 
Hindarkan menyokong musuh Islam secara langsung atau tidak langsung.
Jika tidak mampu, cegahlah dengan hati.
Jika tidak mampu, cegahlah dengan hati kita.
Tapi kita harus bersedih, kerana mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Tidak mengapa, tadahkan tangan dan panjatkan doa.
Doa untuk saudara Islam kita di seluruh dunia.
In Sha Allah, Allah takkan pernah gagal menjawab doa hambaNYA.
Doa adalah senjata umat Islam yang paling kuat.

In Sha Allah, satu hari nanti, keadaan akan kembali aman.
In Sha Allah, kebaikkan akan kita peroleh.
Kalau bukan di dunia yang fana ini, in sha Allah di akhirat nanti.
In Sha Allah,
LOVE WILL PREVAIL.
:)

Wassalam~

*Di sebalik tabir kerinduan, kita terus memandang hampa pada dunia...


~BUTA MATA HATI ADALAH SATU PERKARA YANG SUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIHKAN-

No comments:

Post a Comment