Wednesday, September 17, 2014

Relakan Jiwa

Salam

Pernah tak dalam hidup kalian merasakan kehilangan sesuatu?
Pernah tak dalam hidup kalian rasa kehilangan dalam keterpaksaan?
Pernah dipaksa untuk melepaskan? Terpaksa intuk melupakan?
Pernah tak kalian hilang sesuatu yang tak pernah kalian miliki?

Persoalan gila yang orang gila pun belum mampu nak jawab.
Maaf dah lama menyepi dan muncul lagi dengan sebuah elergi.
Hidup ini tak pernah puas menyaksikan orang gembira.
Takdir pula begitu cemburu melihatkan kebahagiaan.
Si pencinta dunia terus bicara soal cinta.
Bagaimana mahu bercinta andai saban hari diri bercumbu derita?

Sebab tu agaknya lately ni, aku lebih suka bicarakan tentang galaunya hati.

KERANA ITU ADALAH REALTI KEJI YANG TIADA ROH SUDI UNTUK MENGERTI.

Kadang-kadang kita rasa segala-galanya kita telah miliki.
Kita rasa kita telah dapat apa yang kita inginkan.
Kita rasa bahawa apa yang ada sekarang adalah yang terbaik.
Kita bersyukur, kita berdoa, kita merayu agar tuhan pelihara segala apa yang telah dikurniakan.

TAPI

Entah kenapa.
Langit cerah dinoda mendung kelabu.
Hujan menggila kembali menhentak.
Seakan penyesalan dulu tidak bertemu hujung maafnya.
Segala kebaikkan yang ada dipandang sepi.
Terasa semua keikhlasan makin jauh dan terus hilang.
Harapan, semangat dan perjuangan  lenyap ditiup hempasan badai semalam

Sengaja aku tuliskan entri ni dalam kata yang berbelit.
Semoga hati yang benar2 ikhlas akan memahami..
Kerana aku terasa, tubuh dan jiwa dah semakin letih untuk sebuah lagi mimpi ngeri.
Berusaha mengelak api yang kian membakar diri.

Semua doa, semua harapan dan semua perkara makin pudar, hancur dan terus hilang...........



Aku bertanya pada dia tentang kehilangan. Dia tersenyum sinis seakan mengejek.. Dia tertawa melihat kebodohan dan kebebalan yang makin ligat ditampal. Hanya satu yang dituturkan: 

 "BAGAIMANA KAU BOLEH KEHILANGAN SESUATU YANG TAK PERNAH KAU MILIKI?"


No comments:

Post a Comment