Monday, September 3, 2012

So Called Bestfriend..

Assalammualaikum..

Apa khabar?
Harap2, luar biasa bagus, sihat dan hebat sekali!
;D

Tinggal lagi seminggu cuti.
Tu pun mungkin terpaksa balik awal.
Mayb minggu depan, blog aku akan kembali bersawang dan bersarang.
hekhek

Tadi aku bongkar buku2 lama.
Tiba2 aku terpandang satu cerita tu..
Macam seronok lak baca, jadi aku share kat sini.
:)

Dulu, dalam satu kampung ni, ade la 2 orang budak lelaki (orang lain pun ade gak, xpenting :P)
Tapi dorg duduk jauh2..
Sorg budak ni perwatakan dia biasa2 je, cuma dia ni suka tolong n suka perhatikan org. Nama dia Safuan.
Yang sorg lagi ni plak, baek tapi bnyk memendam masalah. Nama dia Hairah
Tapi dorg banyak persamaan..

Satu hari,
sedang Safuan ni berjalan2 dalam kampung tu, dia terpandang Hairah yang sedang ambil wuduk.
Dia pun perhatikan Hairah tu, sebab dia nampak Hairah tu, bukan ambil wuduk, tapi termenung panjang..
Air dibiarkan melimpah2..
Safuan pun datang sambil cakap,
"Jangan bersedih..Senyumlah dan lupakan semua masalah"

Hairah terkejut!
Tapi dia xcakap apa2, dia cuma gelak,topeng menutup kekecewaan..

Semenjak dari hari itu, mereka banyak kali terserempak dan mula bersahabat.
Hairah mengatakan bahawa Safuan la KAWAN yang paling baek.
Safuan yang memahami dia dan Safuan jugak yg selalu bole bagi dia nasihat.
Tiada rahsia antara dua sahabat itu.
Sebenarnya, Safuan jugak bnyk mengagumi Hairah..
Padanya, Hairah seorang sahabat yang baik,cekal dan sempurna.
Safuan amat menyayangi Hairah, seperti darah dagingnya sendiri..

Keakraban mereka, menimbulkan iri hati dan dengki orang lain.
Sehingga mereka memfitnah bahawa Safuan hipokrit dan Hairah hanya berpura2 baik.
Betapa kejamnya hati manusia, sehingga mampu meracuni pemikiran dan waras akal sendiri..

Safuan berasa tidak sedap hati dengan fitnah dan tohmahan sebegini.
Hairah perasan akan perkara itu.
Dia menghasilkan satu karya puisi untuk sahabatnya (maklum r, org dulu2 :P)
Mungkin puisi tu hanya puisi biasa, xkan dapat masuk DBP pun :p
Tapi bagi Safuan, puisi sahabatnya itu adalah yang paling ikhlas dan paling berkualiti..

Hairah, begitu menghargai persahabatn mereka, sehinggakan dia pernah berkata,
"Safuan, aku ikhlas berkawan dengan kau, kadang2 melebihi keikhlasan aku menunaikan solat"
Memang tak elok mengucapkan perkataan demikian, tapi itu adalah sebuah keikhlasan :)

Hairah terlalu banyak bercerita soal kematian, hinggakan Safuan begitu mncurigai yang Hairah berpenyakit dan akan mati pada bila2 masa sahaja..
Safuan sentiasa berdoa, agar Hairah dan kaum keluarganya yang lain terhindar dari musibah dan derita..

Sebelum terlupa, mereka mempunyai nama gelaran untuk satu sama lain, HITAM dan GELAP!
Hahhaa..

Tapi, tiada siapa sangka, pantai yang tenang akan dipukul ombak menggila.
Tiada siapa sangka, lidah yang tak bertulang, menghunus tegak macam pedang.
Tiada siapa sangka, tangan yang menghulur salam persahabtan, akan memulakan sebuah igauan..

Yang tu aq malas nak cerita..
Cerita yang baik2 sahaja.
Biar pengkahiran cerita ni, hanya aku, Safuan , Hairah,org yg penah membacanya dan Tuhan je yg tau.
Biar pengakhiran cerita kat atas ni, terkubur tak bernesan.
Hahahaha

Susah nak carik persahabtan macam ni sekarang.
Apatah lagi nak mencontohi persahabatan Saidina Abu bakar dan Nabi Muhammad S.A.W?
Entah r.


Caw
:)


-Pernahkah kau ada, bila mereka memerlukan kau, untuk menyatakan rasa sakit dalam diri?-



*KADANG-KALA, MENDENGAR BOLEH MEMBANTU HATI YANG TAK PERNAH CUBA MEMAHAMI*

No comments:

Post a Comment