Tuesday, September 4, 2012

BERANAK DALAM AIR!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!!

Topik hari ini, tak berkaitan langsung dengan cerita seram 'BERANAK DALAM KUBUR''
Hahaha..

Topik hari ini, lain sikit.
Lebih bermaklumat dan berinformasi.
Jadi, hasil tulisan aku kali ini pun lebih teratur dan lebih berinformasi.
cehh..
:p

Beberapa hari lepas, semasa aku dan beberapa orang rakan sedang rancak berbual,tiba-tiba terkeluar topik ini.
Jangan ingat kami lelaki hanya bercerita tentang perkara yang 'seronok-seronok' sahaja.
Tetapi kami juga berbincang tentang ilmu pengetahuan..
Cehhhhhhh lagi.
:p

Baiklah, aku ringkaskan perbincangan dan penemuan terbaru aku.
Mungkin perkara ini dah lama muncul, cuma aku yang baru sahaja perasan.

Para ibu mengandung, mungkin sudah boleh mengurangkan sedikit, tahap kerisauan dan kesakitan anda, untuk melahirkan bayi nanti.
Ini kerana, dengan inovasi dan teknologi yang semakin canggih dari hari ke hari, para pengamal perubatan sudah menemui satu solusi untuk mengurangkan rasa sakit ketika melahirkan bayi!

BERSALIN DALAM AIR!
Ini adalah penemuan yang mencatat sejarah dalam rekod perubatan.
Ibu dan doktor tidak perlu menyelam dalam air, cuma hanya bahagian bawah pusat dan anggota-anggota badan si ibu  yang terlibat dalam proses melahirkan anak sahaja, yang perlu berada dalam air.
Anda sendiri faham bukan, jadi saya tidak perlu mencarut dengan lebih panjang lagi.
:D

Sesungguhnya, penemuan ini memberikan banyak kebaikkan. Antaranya:

1.Apabila berada dalam air, otot-otot vagina dan sebagainya, akan lebih elastik dan ini mungkin mengelakkan koyakan atau robekan di bahagian-bahagian tertentu.
2.Jika berendam di dalam air, tekanan diri ketika melahirkan bayi dapat dikurangkan. Ini juga dapat membantu si ibu mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan serangan darah tinggi.
3. Anda sudah sedia maklum, bahawa bayi dalam kandungan dikelilingi oleh air ketuban. Jadi bayi sudah biasa bernafas dalam air. Ini lebih mudah, kerana jika mereka bersalin dalam air, bayi akan lebih menyesuaikan diri dengan dunia luar, sebelum bernafas menggunakan paru-paru apabila sudah didedahkan dengan udara.
4)Ibu akan merasa kesakitan yang kurang sedikit berbanding bersalin secara normal sekaligus mengelakkan trauma kepada si ibu untuk bersalin lagi.
LEPAS INI, BOLEH BERSALIN BANYAK KALI!!
YEAYYY :P
hahha

TAPI,
Perkara ini masih memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh.
Risiko bayi lemas dalam air masih ada.
Doktor yang menyambut kelahiran bayi itu haruslah terlatih dan cekap.
Kelahiran songsang dan ibu yang mempunyai pinggul kecil, tidak digalakkan bersalin dalam air.
Air itu harus dibersihkan dan disteril secukupnya.

Banyak lagi kebaikkan dan precaution dalam proses ini.
Keburukkan pun ada.
Itu tugas kalian untuk cari sendiri, sebab segala-galanya di hujung jari.
;)

Maklumat tambahan, ada sumber yang mengatakan, bayi yang lahir melalui kaedah ini, mempunyai IQ yang lebih tinggi!!
Cuma yang agak merunsingkan, kos bagi kaedah ini lebih mahal.
Aku pun tak tahu sebabnya.
Berdasarkan pemerhatian aku, cara melahirkan hampir sama, tidak menggunakan apa-apa mesin pun.
Tapi, tak taulah.

Kalau kaedah ini, digunakan secara meluas di Malaysia, para ibu dah boleh ketawa riang, si bapa pula boleh tersenyum sumbing..
Yeayyy, anak ramai!!
Hahha

Hospital-hospital pula, harus menyediakan lebih banyak kolam.
Boleh orang lain tumpang mandi.
Hekhek.


Ini adalah sebahagian video klip. Ingat, ini ilmu.
Bukan untuk seronok-seronok cuci mata.
:p
TONTONAN DEWASA SAHAJA!




PS:Maaf kalau entri ini ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Maaf kalau ada yang rasa malu. Sila berfikiran terbuka, ini adalah perkongsian ilmu.
Mana tau, bayi yang beranak dalam air, terror berenang! hehe
Chill doe!!
^.^

Fuhh.. penat tol tulis skema2 ni. haishh..
Xpe2, blaja.. haha
Itu je
Caw.
\

-SESUNGGUHNYA, ILMU DAN KEKUASAAN ALLAH ITU TIADA TARA BANDINGNYA-
;)



No comments:

Post a Comment