Friday, November 4, 2011

Perubahan..

Assalammualaikum..
Salam sejahtera..


Dalam hidup ni,setiap manusia bermula dengan sperma si lelaki dan ovum si perempuan.. Maka terjadilah,fasa2 pembentukan sang bayi dalam perut sang ibu,semuanya mengikut percaturan dan kawalan AllaH..

Namun,xsemuanya terjadi dengan sempurna.. Bahkan semuanya tidak sempurna..Cuma ketaksempurnaan itu,kita nampak atau terlindung dengan mata kasar kita.. Ada yang terlalu jelas.. Xde tangan,xde kaki,takde suara.takde penglihatan.. Itu semua bahagian diri masing2.. Bersyukurlah bagi mereka yang tidak mempunyai ketidak sempurnaan ini.. Juga bersyukurlah bagi mereka yang memiliki kekurangan sebegini,kerana InsyaAllah,ganjaran bagi anda lebih baik.
Semasa membesar,mula dicorakkan dengan pelbagai corak.. Ade yang corak warna-warni,ade yang corak serabai,serabut,gothik.. ade yang xbercorak langsung..

Dan perjalanan hidup itu,kita sering berjumpa ramai orang.. Dan ramai orang itu akan menyalurkan pelbagai jenis perubahan yang akan kita ikut.. Pilihan yang kadang2 merimaskan..

Dan apa yang kita lihat,selalunya mengejutkan.. Mereka yang kita lihat sebagai sesorang individu lain,berubah menjadi lain,mungkin dalam waktu yang lama atau singkat.. Kita terkejut,kadang2 sampai pengsan.. hahah

Tapi itu hakikat..

Mungkin diri kita sendiri telah berubah... Umpama satu graf,akan terjadinya titik perubahan(atau turning point) dalam graf itu..

oren tu turning point..


Kita sendiri selalu tertanya,adakah perubahan itu baik atau x? kadang2,kita tahu jawapannya adalah TIDAK,tapi kita malas nak layan.. Sebab kita dah cukup gembira ngan apa yang ade..

Cuma.kita xsedar,ade hati yang terluka dengan sebuah perubahan.. Perubahan yang mungkin tak kita sengajakan..

Mungkin,satu hari nant kita akan sedar,bahawa diri kita yang lama itu,adalah lebih baik..

Tak mengapa kalau kita berubah menjadi lebih baik,dan xrugi kalau kita mencuba sesuatu yang baru..Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan.. Itu hak diri masing2.. Asalkan kita tahu apa yang kita lakukan.
,
Salam Aidiladha
-CHOW-

ps: I wished i had missed the first time..


-MANUSIA SERING MENSIA-SIAKAN PELUANG PERTAMA DENGAN MENGHARAPKAN KEWUJUDAN PELUANG KEDUA, YANG MUNGKIN XKAN MUNCUL SAMPAI BILA2-

No comments:

Post a Comment