Friday, September 30, 2011

RACISM.

Assalammualaikum!
Apa khabar saudaraku sekalian??
hahah.. macam lirik lagu la giler..

Gila lame aku tinggalkan blog ni terbiar sepi..
Maaf,xde mase ak update..
*tipu..
:p

Bukan xde mase,tapi malas nak bukak blog ni..
Sebab idea yg datang mencurah2 macam air terjun ni,hilang bila aku nak tulis post..
Ape nak buat?
Redhaa je r..

Sebelum aku tulis pasal tajok kat atas,
aku cter sket r,
pasal tempat blaja baru aku..
Universiti Penoh Masalah-UPM..
hhehe..

make it short,alhamdulillah,semenya oryte..
Bukan la sempurna,tapi keadaan kat sini,serba serbi baek..
Dapat lak budak cos yg steady,ok r..
;)

Kembali kepada topik,
aku ni da la lame xupdate blog,
tetiba update pasal benda ni..
Jadahnyee..haha

Xde r,aku xsuke betol r,
bila ade pihak yang cuba nak mencetuskan sensitiviti perkauman..
Melayu benci Cina la,India anti Melayu la, Cina xsuke India la..
Mane ade benda2 tu seme..
Kalau xsuke sesama sendiri pun,xperlu nak libatkan kaum do..

Memang kulit kita lain,bahasa lain,cara makan lain,makanan lain,cara hidup lain, mungkin agama pun lain..
Tapi kita tetap manusia kan?
xde pulak antara kaum2 ni Alien,hantu pocong,ataupun binatang..
Seme manusia,ade rambut,badan,otak dan akal yang waras untuk berfikir..
Fikir r elok2..
Bukan berfikir untuk memusnahkan mahupun menjatuhkan kaum lain..

Masih ramai yang xsedar,dalam dunia ni,kita semua berkongsi..
Mana bole seseorang individu bersikap dominan dan mengenepikan hak mereka yang lain..
Dalam agama atau kaum ape sekalipun,perbuatan kat atas ni dikira sebagai ZALIM..
Berdosa..

Cukup2 r menimbulkan sesuatu,sengaja untuk menjatuhkan dan mencari pasal dengan kaum yang lain..
Hidup di dunia ni bukan untuk bermusuh atau mencari gaduh.
Banyak lagi benda berfaedah yang perlu dan harus dibuat..

Kepada yang sangat suka mengganggu-gugat sensitiviti perkauman,
Hentikan r..
Perbuatan kalian umpama menabur duri di atas katil-tilam sendiri..
Pada akhir waktu,apabila anda penat dan hendak tidur,anda pasti akan merasa betapa tajamnya duri2 tersebut..

Aku suke giler tengok org Cina,Melayu,India berkawan baek..
Bergurau2,makan same2..
Macam aku kat sekolah dulu2..
Rapat giler do dengan budak Cina..
Nama dia Sim Wei Kiat ngan Chan Chen Hui..
rilek je..
Belom lagi tambah ngan membe2 Cina skola menengah rendah lu..

Kalau kita xamek kesempatan ni tok mengenali budaya org lain.
Bila lagi?
Jangan jadi org noob hanya kerana kita menjadikan perkauman itu satu tradisi zaman berzaman.

Jangan tentang apa yang aku cakap,Fikirkan..
:)


Assalammualaikum
Salam sejahtera
:)

-JIKA KITA TIDAK BERTINDAK UNTUK MENGAWAL KEADAAN,KEADAAN AKAN TERUJA UNTUK MENGAWAL KITA-

No comments:

Post a Comment