Tuesday, August 16, 2011

Nafas Kematian.

Bismillahirrahmannirrahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai ...... Bin ....., wahai ..... Bin .......,wahai ..... Bin ......, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah..

Mati..
Itu adalah satu kepastian.
Yang tiada siapa pun dapat melengahkan ,apatah lagi mengelakkannya..
Umpama umur yang makin meningkat.
Tiada sesiapa pun yang mampu menangguhkannya..

Jika semalam,kita melihat hamba Allah itu,
berjalan dengan riang gembira atas muka bumi ini,
jangan terkejut,
jika sebentar lagi kita menerima berita bahawa dia telah pergi menghadap Maha Pencipta.

Jika semalam,
gelak tawanya menggembirakan hati kita yang duka,
jangan tekejut,
jika hari ini,dia membuat kita menangis hiba..

Jika semalam,
nasihatnya menaikkan semangat kita,
jangan gusar,
jika hari ini semangat kita luruh semuanya..

Hidup itu satu kemungkinan,yang pasti itu adalah MATI..

Bersediakah kita menghadapi satu kehidupan?

Kehidupan yang penuh seksa bagi mereka yang begitu gembira melakukan celaka di muka bumi ni?

ATAU

Kehidupan yang penuh berita gembira bagi mereka yang mengimarahkan fana ni?

Sediakan bekalan yang cukup untuk perjalanan yang sangat panjang..
Perjalanan yang sepi dan asing tanpa ditemani sesiapa.
Perjalanan yang sunyi,tiba pada bila2 masa,tanpa di duga..

Bersediakah kita,
jika sebentar nant,si ajal dtg menyapa?
Izrail datang menjenguk?

Bersediakah kita jika satu hari nant,kita terbangun di ruang gelap sambil disapa....

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Tiada sesiapa tahu apa yang bakal berlaku.
Umur yang muda bukan jaminan sebuah hidup yang kekal lama..

Jangan biarkan hanya tangisan yang menyelubungi,tapi tiada doa yang mengiringi..

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. 





ps;Semoga tuhan mencucuri rahmat buat seluruh saudara-maraku dan semua Umat Islam yang telah meninggal dunia. Moga roh arwah2 diempatkan bersama hamba2 yang DIA kasihi..


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. 



Assalammualaikum


-Kullu nafsin za iqatul maut-

2 comments:

  1. Hidup itu satu kemungkinan,yang pasti itu adalah MATI.... setiap yg bnyawa akn merasai mati....

    ReplyDelete