Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Kareem :) TIPS BERGUNA!!

Salam alaik dan salam sejahtera.

Ape khabar semua?
Harap-harap luar biasa bagus dan hebat sekali.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Dah beberapa hari dah berlalu sebenarnya.
Maaf terlambat post, sebab masa dan kudrat tak mengizinkan.
huhu
 Lagi-lagi pulak, tiba-tiba blogspot buat hal hari tu, tak dapat nak log in blog sekejap.

Tapi, Alhamdulillah.
Blog dah ok.
In Sha Allah, sempena bulan puasa, aku ingat nak meriahkan sikit blog ini dengan entri-entri yang In Sha Allah bermanfaat.
Jangan salah anggap cakap aku ni dah macam orang Islamik pula.
Cara cakap dah bersopan bagai.
Aku masih sama..
Tapi apa salahnya, kita tukar cara penulisan sekali sekala kan?
Much better kita selitkan kalimah-kalimah Allah dalam penulisan berbanding carut-marut yang tak tentu hujung pangkalnya.
Kuikui..

Ok.
Tadi masa scroll news feed facebook, terjumpa dengan maklumat ini.
Sebagai satu pencerahan kepada mereka yang masih dalam kesamaran.
Aku pun tak berapa nak tahu juga pasal benda ni, tapi Alhamdulillah  ada doktor yang baik hati..
Dia tolong share benda ni.

Benda apa?
Jeng.. jeng..jeng..

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN
1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash) 
2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan 
3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin 
)4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing 
5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan 
6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat. 
7) Menderma atau menerima darah 
8) oksigen atau gas untuk bius 
9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya. 
10) Mengambil darah untuk pemeriksaan 
11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan 
12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention). 
13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan 
14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device). 
15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy). 
16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma) 
17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari 
18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa. 
19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis 

Rujukan:IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah) 
Disediakan Oleh:Dr Ahmad Zakimi Abdullah


Semoga bermanfaat apa yang tertulis dekat atas ni.
Kebetulan, ramai yang tak sihat bulan puasa ni.
Jaga kesihatan betul-betul.
Badan ni hanya satu dan kita nak guna lamaa..
Mencegah jauhhhhhhh lagi baik daripada mengubat.
Sama jugak dengan hati.
Mencegah hati daripada terluka adalah jauhhhhh lagi baik daripada mengubat hati yang terluka.
Ni bukan jiwang karat ke apa.
Ni benda betul.
Nak tak nak, kenalah terima dengan hati yang terbuka.
In sya Allah, kita dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik, dirahmati dan dilindungi Allah selalu.
Aamiin..
:D

Jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga org yang anda sayang, jaga orang yang menyayangi anda.
Kita tak pernah tahu apa yang bakal terjadi pada hari esok.

Wassalam~



-TAK SEMUA PERKARA PERLU KITA FAHAM KERANA JIKA KITA TERLALU CUBA MEMAHAMI, LANGKAH AKAN TERHENTI DAN HATI AKAN MATI-




1 comment: