Sunday, July 14, 2013

BUNUH DIRI!

Salam alaik.

Kehidupan ini adalah satu perjalanan.
Sungguh panjanggggggggggg perjalanan itu sampai kadang-kadang kita berasa penat.
Kita berasa letih.
Kita berasa kecewa,hampa dan terluka.

Kita inginkan perhentian yang baik untuk diri kita,
Malangnya, yang kita jumpa adalah singgahsana yang terbiar dan tidak bermaya.

Kita teruskan pencarian dengan keazaman dan tekad.
Yang makin lama makin luntur ditelan kesedihan.

Dalam setiap perjalanan, tiada secebis janji pun yang mengatakan perjalanan tu akan jadi senang.
Tiada satu pengakuan bahawa tiada rintangan yang akan kita temui.
Hampir setiap perjalanan, kita terjatuh , terperuk dan sampai satu ketika kita menangis teresak-esak di satu sudut.

Kenapa kita tidak berhenti?
Sebab kita yakin dan percaya, bahawa yang lebih baik tu berada di hadapan.
Padahal kita tidak disogokkan dengan apa-apa jaminan.

Kita seharusnya bersyukur.
Biar betapa buruk dan terbiar singgahsana itu, kita boleh merubahnya untuk menjadi mahligai yang indah.
Kita boleh mencipta keajaiban dengan tangan sendiri.
Kita boleh merubah keadaan dengan restu yang Maha Pencipta.

Tapi kita terus tunduk dengan keadaan.
Kita biarkan diri terluka, terjatuh, terhumban ke jalan yang tak berpenghujung...
Kita leka dan akhirnya kita sedar, hati dan perasaan kita dah lama mati.

 Sudah tiada apa yang tinggal.
Diri kita sudah terbunuh dalam satu permainan bunuh diri yang cukup menjengkelkan.
Permainan yang kita ciptakan sendiri.

Permainan apa?
Permainan mecari mimpi yang tak pasti..

*Segala perkataan yang digunakan melambangkan perkara-perkara tertentu. Moga anda dapat melihat kebenaran dengan mata hati 
:)

Wassalam~


~KITA MENGAGUMI KEINDAHAN PELANGI HINGGA TERLUPA, PELANGI ITU AKAN HILANG SECARA TIBA-TIBA~ 

No comments:

Post a Comment