Monday, June 3, 2013

Dengan Izin Tuhan.

-Bila kita rasa bosan, tertekan, sedih, kesal, sepi, murung, galau, kecewa dan tertindas, pandanglah ke langit dengan penuh pengharapan. In sha Allah, Allah akan utuskan senyuman yang terbaik untuk menjadi penawar hati kita-

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sedih sebenarnya bila bukak blog ni, sebab blog ni dah xmeriah macam dulu.
Dulu rajin gila buat entri, tapi sekarang tak.
Bukan sebab malas, tapi sebab aku rasa entri2 yang bakal dibuat tu adalah entri yang tak penting..
Jadi, buat apa dan atas sebab apa perlu diceritakan?

Biasalah, manusia berubah.
Mungkin aku juga berubah dari seorang yang suka bercerita, kepada seorang yang lebih suka menyimpan cerita.
Mungkin kerana kita mula sedar, tiada siapa yang sudi untuk mendengar.
Huhuhu..

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak hati manusia.
Cuma yang paling sedih , bukan bila melihat satu manusia tu berubah, tapi bila kita teringat macam mana manusia tu dulu.
This is the saddest part in our life.
Cuma yang tinggal, harapan dan doa, semoga semua manusia atas muka bumi ni, bahagia dan sejahtera dengan laluan hidup masing-masing.

Hidup ini adalah satu perjanjian dan sebuah keterpaksaan.
Tak semua benda dapat dijelaskan dengan kata-kata.
Pengakhiran hidup adalah mati.
Itu adalah pasti.

Letakkan penggangtungan pada Allah, pasti kamu akan bahagia. 
Tapi tatkala kamu meletakkan harapan pada makhlukNYA, bersiap sedialah untuk merasa betapa peritnya sebuah kekecewaan.
:)

Minggu ni study week, tapi aku lebih fokus kepada term
"Minggu ini adalah STUDY LEAVE"
Maknanya berehat daripada study..
Huhuhu..

Jangan begitu.
Manfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin.
Takde siapa tahu apa yang bakal terjadi pada hari esok.
Cuma yang pasti, perkara yang PALING JAUH dalam hidup dan dunia ni adalah masa lalu yang xkan pernah berulang.

Hargailah.
Hargai setiap masa dan manusia yang hadir dalam hidup anda.
Lagi sekali, takde sesiapa yang tahu apa bakal terjadi pada hari esok.

Berusahalah dengan sebaik mungkin rakan-rakan.
Most of the time, Allah takkan nilai kita dengan berapa banyak A yang kita dapat, tapi dengan betapa tinggi usaha dan azam kita.

Study smart and little bit hard.
Tawakal, usaha, doa n tawakal balik.
In Sha Allah, victory will be yours.

Got to go.
Always put your trust on HIM, raise your hands and pray.
Wassalam~


-HIDUP BUKAN PILIHAN YANG MENYEDIHKAN, TAPI SATU KETERPAKSAAN YANG PERLU-

1 comment: