Monday, April 8, 2013

Now You Are Twenty-One

Assalammualaikum, salam sejahtera n salam 1 dunia. :)

Haha.. Minx ampun minx maaf kepada pembaca2 setia blog ni, (ada ke? ) sebab da lama xpost benda2 baru.
Serius ni doe, aku da macam ketandusan idea nak tulis apa.
Kadang2 bila jalan kat lua, idea mencurah2 nak keluar.
Tapi bila sampai bilik je, nampak katil n benda2 lain, terus xjadi nak menulis.
Idea2 tu terus tersimpan dalam benak, tepu n lama kelamaan hilang ditelan mikroorgansima dalam otak ni. EH!
Heee :p

Yup, I'm 21 already n now i can voting for the upcoming election!!!!
*Maaf tapi saya PILIH UNTUK TIDAK MENGUNDI.
Selain daripada rebat hp yang 200 tu, jngn jeles, aku jugak da boleh bercita2 nak kawen.
Yeayyyyy.. :)
Apela yang nak diharapkan dengan umo yang makin bertambah..

Ruma dah makin kata pergi, kubur pulak dah makin kata mari.
Untung kalau kubur kata mari, kalau kubur xnak terima acane?
Parah...

Btw, bukan tu aku nak citer kat sini..
Mesti la kene citer pasal birthday oh..
Hahaha

1) 29 Mac 2013

Haha.. Ofkos la ucapan birthday dapat dulu . Aku paling eksaited sebenarnya siapa yang jadik org pertama wish. Memang la benda ni cam xmatang, tapi aq da eksaited benda2 cam tu, nak buat acane?
N yes, my friend duniawi n ukhrawi, InsyaAllah, yg pertama skali wish tepat pukul JAM 0000.


Even sikit je wish dia, sambil rasa kekok, sebab aku tau dia jenis yang susah nak wish org face to face, tapi dia gagahkan jugak.
 Cettt.. Macam susah sngt. =.=''
But, I do appreciate ur wish bro, Trimas Faizal Zainuddin..wakaka
N org yang pertama skali call n gigih nak wish, Safik Suliman yang cute mute mengalahkan bintang terkenal Voldemort, Dobby-harry potter dan jugak Golem.


wakakkaa..
Serius terharu bro2.. :')

2)30 Mac 2013

 Selepas dapat wish dari ramai org yang xmampu aku nak sebutkan satu,(termasuk dekat FB, mesej, call, twitter)(terima kasih banyak2), aku dengan budak2 Chemy klua jenjalan..

ni antara muka2 kacak bergaya.. Nak tau nama2 dorg, rujuk post sebelum2 ni..

Ari tu kitorg tengok wayang citer G.I Joe..
Memang dah lama bhai nak tgu cter ni klua..
n CITER NI SUPERB, XTIPU!!
N hasil murah hati Faizal, aku pun dapat la masuk tengok cerita tu dengan percuma..
Weee, next tym blanja benda lain plak ok?
Hahah..
Lepas tu kitorg jenjalan, beli spenda, beli buku, beli pompuan.
Ehh..

Lepas tu balik la kepenatan..
Trimas Faizal, Safik, Muaz, Wawa, Mike, Azri, Kysh, Hairi for the moment.
Syahid ngan Fufu tinggal kat kolej buat belacan
=.=''


3) 31 Mac 2013

Haaa... Hari ini terjadi adalah hasil kegigihan mak angkat @ adik angkat @ my very sporting fren Faizah Yahaya.

nampak x muka evil dia tapi ade naluri keibuan? haha

Huhuhu. sebenanya da lama plan ngan Maira nak sambut beday sesama n it happened!

tolong buang jauh2 perasaan nak lempang aku.. Aku tau annoying. Kbai. haha

Alhamdulillah walaupun dorg cuba nak buat suprise yang xjadi, semuanya berjalan ngan lancar.
Walaupun sesat ngan Faizal tah kemana2, at last sampai gak ngan bantuan sorg brader Malaysia yang suka membantu org.
Arigato!!
Terima kasih jugak kepada Faizah, Syafiq suami isteri (:o) yang gigih beli kek, kepsi semua.


Than gak buat Faizal yg teman aku g celebrate skali wpun aku tau kau segan ngan membe2 aku semua, kepada Maira @ Hawa *muntah, Yana @ nek sihir, mira comel, alip dan juga Izas.


Sila ignore gambar meja yang bersepah

Moga Tuhan je yang dapat balas jasa kalian.
:)
Tolong jaga diri kat mana jugak kalian berada.

gamba yg korg nganjing tu aku xupload. haha..
Weeeee..

4) 1 April 2013

Pernah dengar ade orang gigih menipu, tapi xjadi?
Kalau xpernah, meh sini aku cerita.
Arakian ade la sorg mak cik tu, gigih mesej aku tanye aku buat apa bagai..
Aku pun dengan humble dan tawaduknya cakap la aku nak pergi makan..
Aku dengan penuh innocent tanya la, nak pesan ke?
Dia diam n last2 cakap xpela, da beli roti..
...........................................................
1 April 2013, dia tanya lagi aku buat apa bagai..
Aku cakap la apa yang aku buat pada waktu dan ketika itu.
Dia pun cakap la, nak jumpa kononnya nak pulang novel....

PERKARA BUSUK PERTAMA TELAH DIHIDU.
Sebelum ni dia cakap, nak pinjam novel tu  sampai bukak sem baru, tup2 nak pulang..
Dei!
Aku pun dengan penuh curiga mula mengatur rancangan licik..
Aku cakap la pulangkan la nanti2.. Takpun pulangkan via adik angkat dia, Faizal.
Xpun, kebetulan aku memang nak jumpa membe pompuan yg sama kolej ngan dia, aku suh la dia passkan 'novel' tu via membe aku..

PERKARA BUSUK KEDUA TELAH DIHIDU.
Dia jenis yang kerat kuku kaki pun xkan senang2 nak jumpa aku, lain la jumpa adik angkat dia.
Aku ni pun, walau macho, kacak dan tampan bergaya, segan gak nak jumpa dia.Huhu
Borak2 kat FB bolela macam seribu tahun da kenal, tapi face to face...
zzzzz..

Disebabkab itu, kecurigaan aku makin bertambah..
Last2, dia bgtau aku, dia nak bg kek.
Dia givap, cakap susah betol nak tipu aku.
YEZZAAAA..

Dapat kek wokkkk..
Aq pun tanpa berlengah lagi, terjun melalui tingkap dari tingkat tiga dan selamat mendarat dia bawah.
*hiperbola.

Terima kasih Cik Hafizatul Syazwani @ Sya Hamdan @ kakak Faizal Skillz..
Xsangka dapat home made moist choc cake.
Dah la kek tu gorgeous..
Sedap lak aih..
Strawberri atas tu segar bugar.
Serius xtipu.

Kalau xsedap, aku xkan cakap ape2.
Tapi masalahnya memang sedap..
Mungkin sebab aku ni pun hantu coklat.
Layannn la..
huhuh..

Nak tgok?

perhhhhh


sape yg terliur, sila kesat air liur anda..

N she said, tu khas untuk adik2 dia..
Dan kami, aku, rumet aku ngan Faizal makan dengan sungguh berselera.
:D

Thanx wokk..
For the 'suprise'..
For the awesome cake n the memory.
May God bless U always..

______________________________________________________________________

Itu penutup birthday aku tahun ni.
Adalah yg lain, tapi tu rasanya xperlu cerita kat sini..
Terima kasih bnyk2 kepada semua yang sudi nak ucap, nak meraikan dan nak menggembirakan aku di hari lahir.

Sebenarnya aku terfikir,
sedih sebenarnya bila fikir umur yang makin meningkat xselari dengan apa yang kita dah buat n dah capai.
Bagi aku sendiri, bnyak yang aku belum dapat n banyak yang buat aku ketinggalan berbanding ngan orang lain.
But, one of my friend said: 
Kita xperlu nak compare diri kita ngan orang lain dan xperlu nak jadik orang lain.
Yes, accept ourselves just the way we are.
Alhamdulillah..

Permintaan aku:
Tolong doakan aku bahagia dan diberkati dunia akhirat bersama dengan orang2 yang aku sayang..
Kepada mak ngan ayah, terima kasih bnyk2 kerana beri peluang untuk org bernafas atas muka bumi ni.
Kepada kelurga, terima kasih kerana menjadi tulang belakang walaupun kita masing2 pernah rasa payah untuk berdiri.
Kepada rakan2, terima kasih kerana mewarnakan hidup aku dengan pelbagai warna termasuklah warna hitam dan juga putih.
Kepada sahabat baik ( u should know who you are), terima kasih kerana menjadi peneman di kala suka dan duka, pelayan setiap karenah aku, pengawal segala sikap xelok aku dan penegur setiap kesalahan aku.
Hadiah yang paling bernilai adalah doa, jadi tolong doakan aku :)
Jaga diri baik2 bila aku dah xde lagi kerana syaitan dan dunia ni xpernah serik dalam menjalankan permainan busuk mereka.
Moga kau dapat apa yang kau inginkan dan bertemu dengan jodoh yang kau impikan.
WOOT2!
^ - ~

Ok. Moga ade lagi entri2 yang menarik lepas ni.
Kalau umur panjang, ade la entri 22 tahun plak.
Hahaha.
Jaga iman, jaga diri jaga hati..
CAW!~

ps:Hepi beday Maira n Hamzah 'Azhan :)



-BERNAFASLAH BERSAMA KENANGAN ANDAI IA MEMBAHAGIAKAN DAN BUNUH SEGALA KENANGAN ANDAI IA MENYEKSAKAN-



2 comments:

  1. ohhhmaiiiiiiiiiiiiii...sayang abg Pian..tenkiu and heppy birthfay tooo!!!

    ReplyDelete