Thursday, July 26, 2012

Geng.

Salam ukhwah.
Salam Ramadhan hari yang ke-6.

Hari ni aq xbuat ape sangat..
Macam hari-hari sebelumnya jugak..
Kebosanan, melayan perasaan.
Perasaan pun seperti dah bosan dilayan
Menjerit2 mahukan sesuatu yang baru..
A fresh new start.
:)

Tapi,
hidung plak sumbat..
Kepala rasa berat..
Tekak loya2.. Adoiyaiii

Tadi tengok Oh My English,
tertengok kot.
haha

Tiba2 teringat membe2..

Ade sorg membe, selalu gak r jadik tempat aku bercerita..
Kadang2, setiap hari bercerita, entah apesal aku xbosan bercerita.
Orang cakap, benda macam ni jadik, sebab org yg dengar cerita kita tu adelah good listener..
Tapi aku cuak gak, membe aq  uh bosan dengan cerita aku..
Takut do jadik sampai meyusahkan org.
Tapi, alhamdulillah r, aku dapat membe macam dia..
Dia xlokek membentu, kalau ade masa je, dia boleh dengar cerita aku.
Dia jaga solat, solat selalu awal waktu.
 dia pernah tegur kalau ade silap2 aku yang aku xnampak.
Tapi apepun,sebagai sorg membe, dia berusaha gak menjaga hati, walaupun dia gamble ..
Bukan budak surau pun, tapi aku percaya dia salah sorg yang boleh mengingatkan aku tentang agama.
Dia tak tau pun benda ni, tapi alhamdulillah, lepas dia jadik membe aku, 
aq slalu cuba nak contohi dia.
Walaupun dia cakap, dia xbaik mana,, tapi tu benda biasa.
Takde manusia yg sempurna atas muka bumi ni.
Aq pun mungkin lagi bnyk dosa dari dia.

Hah!
Sekarang pun, aq slalu cuba semayang awal waktu, kalau rasa malas sngt nak solat, terus aq teringat pasal membe aku.
Kesudahannya, aku dapat jaga solat..
Dia seorang membe yg bersemangat, jadi aq cuba untuk ikot semangat dia.
Aq slalu minx nasihat kat dia, walaupun dia cakap dia xpandai bagi nasihat..
Dia cool je, jarang down..
Lain betul ngan aku..
Dan dalam paling bnyk membe, dengan dia r aku slalu solat berjemaah..
Mengaminkan doa yang sama.
Memohon keberkatan..
Hahahha..


kadang2, bosan gak kalau xbercerita ngan dia..
Ye r, dengan dia aku boleh cerita macam2 benda..
Aq percaya dia sebab aq tau dia org yg bole dpercayai walaupun belum lama sangat kenal..
Tapi kita boleh lihat kejujuran org melalui muka.
Dia memang jujur gak..
Selalu en bila kita puji org tu baik, orang tu akan sentiasa cover  ..
Tapi dia takde.
Dia tetap jadik diri dia gak, itu yang aq respek.

Macam2 cerita ada..
Dia budak yang giler2 gak, biasa r lelaki en?
Citer pasal game, bola, perempuan cantik.... woot2..
haha.

Dia budak pandai.
Jadi aku selalu r blaja ngan dia,minx dia ajar aku, bukan benda belajar je, macam2..
Selalu susahkan dia do..
Tapi selalu gak team ngan aku nak bahan membe lain.
hahah
:P

Alhamdulillah, Allah anugerahkan aku membe camni. 
Mungkin dia kawan baik aku, bagi aku r..
Mana tau boleh jadik pengapit tym aku kawen nanti..
:P
Moga nant bila aku mati, ade gak org yg boleh bacakan yassin untuk aku, doakan perjalanan aku diberkati menuju akhirat..
Bosan do bila xbercerita..haha
Xpe r, membe2 xperlu perbualan setiap hari.
AS LONG ITS IN DOA, IT WILL REMAIN ABADAN ABADA.
Trimas bro!

ps:org slalu tanye, apsal aku terlalu appreciate membe? Sebab bagi aku, kedudukan membe adalah selepas family.. Kadang2, seorang kawan lebih mengenali siapa kita, lebih dari sendiri..
Kawan jugak, org yg kita selalu marah bila kita stress, tapi kita xsedar, yang dia xpernah pergi dari hidup kita. Sebab apa? Sebab kawan tu memahami..

Double ps: kalau kau baca entri ni bro, aku nak cakap trimas r.. 
Walaupun aku tau,kau xkan baca post ni. haha.. 
Moga Allah merahmati kau.
Moga Allah merahmati kalian..

Post ni bukan bermaksud membe2 lain aku xhargai, aku hargai gak membe2 lain..
Semua membe memberikan aku perkara yang terbaik untuk aku ingat.
Cuma terlalu panjang untuk describe satu2..
;)

next entry was about, kawan2 skola yg sporting :p


SELAMAT BERBUKA!
CAWW!!




-SENTIASA HARGAI SESUATU ATAU SESEORANG YANG DIPINJAMKAN KEPADA KITA,
XKIRA KAWAN ATAU KELUARGA,
KERANA ESOK, TIADA SIAPA TAHU APA YANG TERPAKSA DIPULANGKAN-


credit to one of the Chemy.


No comments:

Post a Comment