Monday, February 13, 2012

7 Petala Cinta

Assalammualaikum...

Semalam aku tengok citer Keramat dan Sumpahan Kum-Kum..
Dilayarkan secara langsung dari DVD si lanun yg kualitinya agak rendah, tapi masih boleh tengok r.
Keramat-satu cerita hantu yang buat aku gelak (xseram langsung), manakala Sumpahan Kum-Kum hanyalah seperti drama2 malam jumaat yang biasa kita tengok..
Haish.
Ape nak jadi?

 Sebelum tu,
disebabkan player DVD aku zaman batu, remotenye pon tah hilang ke mana,
jadi aku terpaksa melayan iklan2 yang bersusun sebelum citer tu mula..

Walaupun mual,hati ini tetap perlu di tabahkan.
hahaha

TIBA-TIBA!!

Hormon adrenalin aku merembes2 sebab dirangsang oleh titik sentuh dekat otak,
distimulasikan oleh mata aq, yang melekat pada satu trailer dekat tv.


Sekali pandang citer ni macam NUR KASIH.
2 kali pandang macam PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN.
3 kali pandang macam AYAT-AYAT CINTA..
Malas dah aku nak pandang.

Aku google pasal citer uh..
Pelakon dia sume boleh tahan r..
Fizo Omar,Diana Amir, Airel Zafriel.
Muka2 market..
Yang boleh jadik pelaris kepada filem2 tuh,seperti pelaris tok bomoh.
hahah.

Meh baca sikit sipnosis.,

"Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Tak lama selepas itu, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda."

Dengar citer,filem ni ade unsur2 tertentu yang boleh membngkitkan emosi yang pelbagai dalam diri penonton.

ITU DIEEE!!

Sebab tu aku rasa filem ni bakal pecah panggung!! (kalau xpecah,retak :P)

Cuma kurang promosi..

Tengok r trailer dia..


Banyak lagi sebab aku rase citer ni best.
Malas cite r.
CUMA..


Siapa sebenarnya petualang dalam citer ni?
Apa unsur2 yang aku perkatakan kat atas?
Siapa sebenarnya Attar?
Betul ke Hamka tu mati?

Tengok r citer ni bagi menjawab soklan2 itu.
15 Mac 2012.

CAW!!

Ps:Salam buat kekasih :)

*Bro's,bila kau temui wanita yang kau nak jadikan isteri, cakapla benda ni:

-AKU INGIN MENGAMBIL SEMULA TULANG RUSUK KU KERANA ALLAH SWT-

hekhek :P


2 comments:

  1. salam.. cik suffian oii.. hehe,iera dah buat akaun baru,blog lama dah tutup =( sila lah singgah ke blog tak seberapa iera ni,haha..

    syaffirayasin.blogspot.com

    btw,entry ni memikat saya lah,teringin nak tengok bila dah kuar downloadnya nanti,hahaha..

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam cik iera.. hahaa.. aphal padam akaun lama der? adoyaiii.. dah2,singgah. t taun depan pian follow. haha

    Hek eleh, ape celup dload. G wayang r kalau beran!! hahah:p

    ReplyDelete