Thursday, March 22, 2012

Better to Appreciate Than to Regret.

Salam sejahtera ke atas diri kamu.

Pukul 1.18 pagi. Mata aku xnak tutup,otak aku xnak tidur.
Mata aku masih buntang,jari aku masih berlari-lari  atas keyboard.

MAKA,

Entri ini dihasilkan.. buat rakan2 aku..

Satu budaya untuk membodek?
TIDAK.
Ini adalah penghargaan..
ahhaha

Membe.
Kau tau ape tu membe?
Membe xjauh beza dari kawan,teman ,sahabat, rakan.
Sebenarnya semua adelah sama.
Manusia yang gila sahaja mengatakan perkara itu adalah berbeza,termasuk aku
*dulu.

Mungkin ia berbeza mengikut individu..
Tapi mengikut kamus,ia adalah perkara yang sama,
xpernah dan takkan berbeza..

Membe bagi aku,adalah orang yang kau selesa untuk duduk berbual2 walaupun jam dah pukul 3.33 pagi..
Orang yang kau boleh ajak pergi ke tepi,ke tengah dan ke mana2 arah sekalipun.
Orang yang boleh layan kau bila kau bosan.
Orang yang boleh buat kau ketawa bila kau tengah hangin.
Orang yang boleh kritik kau,tanpa menyakitkan hati kau.
Orang yg puji kau bila kau bagus,dan tegur kau bila kau silap.
Orang yang bagi nasihat bila kau sesat,
Orang yang ambik berat pasal kau bila kau sakit.
Orang yang marah bila kau diganggu,
Orang yang sanggup bersengkang mata untuk dengar citer kau.
Orang yang duduk lepak ngan kau,walaupun orang lain kata kau macam2,
Orang yang bagi kau semangat bila kau down..
dan orang-orang yang sebagainya *penat r nak taip..
haha..

AMAT MENIPU kalau aku cakap,SEORANG manusia boleh menjadi seperti orang2 di atas.
Tapi,manusia itu pasti memiliki sekurang2nya satu ciri-ciri seperti di atas..
Dan bila datang manusia lain,maka sikap2 orang2 di atas akan menjadi sempurna.
Terbentuk menjadi satu
:)

Bia aku citer pasal membe aku kat U aku.
Coursemate aku.
Baru kenal.
Xde satu pun yang aku dah kenal melebehi 6 bulan.
Lan kali aku cter pasal membe2 kat tempat lain.

Entri ni bukan nak upkan sesiapa,cuma sebagai tanda penghargaan.
Nanti,da tua,dapat r ingat memori lama.
Xkesah r memori tu indah atau pahit..
Kalau aku mati,xde r aku menyesal sebab xucapkan terima kasih.


MEMPERKENALKAN
(Di susun mengikut nama)


1. ALDRIN MIKE



Bercita-cita tinggi untuk menjadi Aaron Aziz.. 
Hahah.. gurau2.
 Dia r budak kos aku yang paling berketol dan paling cergas. 
Gigih tiap2 ari angkat berat... 
Buat muka comel xkena tempat.. :p
Dia jugak budak yang plaing pandai psiko orang,yang paling pandai buat muka ketat *muka pa**t..
Dia jugak salah sorg jemaah yang kuat bahan budak lain.. 
Tapi dalam pada tu,dalam hati dia ade taman. 
Jangan ingat muka ganas,hati xde taman..
Untung2 taman bunga,kalau xuntung , taman buaya 
:P

Kalau nak gelak, dan gelakkan orang lain, sila lepak ngan dia ..
Tapi,dia bertanggungjawab terhadap ape jugak benda yang dia buat.
Penat macam mana pun,tugas harus dan pasti dilakukan..
:)

2.MUAZ AZMAN


Segala gajet yang baru,boleh rujuk dia.
Salah seorang penyumbang teknologi kat kitorg..
Setiap kali jumpa dia,memang Ipad dia jadik mangsa r.
Pusat kitorg main karom dan macam2 game lain.
Budak pandai yang menjadi mangsa apabila kitorg memerlukan 'rujukan' untuk menyiapkan assignment..
Mula2 kenal dia,aku ingat dia ni ade batu dalam mulut.
Susah benar nak cakap..

Tapi..
Makin lama,aku rase batu tu dah tercampak keluar g london..
Bila sekali bukak mulut je,buat org terbahak2..
Adoiyai..
=.=''

3.SAFIK SULIMAN


One picture tells everything.
Hahaha..

Bilik dia selalu menjadi tumpuan dan pusat pengumpulan.
Transit sementara nak g kafe.
Tempat tok kitorg berjimba-jimbu.
Tempat untuk kitorg bergelimpangan bila nak siapkan keje last menet..
Hahaha..
Sangat seronok dibahan dan sangat xseronok bila aku dibahan balik..
=.=''
Tapi,sporting tu yg paling penting.
Boleh dibawak berbincang dan memahami..
Lagi satu,aku xtau r aku yang mengajar dia cara sentap,atau aku yang belajar daripada dia..
hahahah..

Bila tengok gamba ni kalian rase dia comel?
Ok. aku nak g makan ubat penenang.
:P


4.MOHD FIRDAUS


Oryte. Ni yang paling gigih. Nama manje dia fufu. (O.o)
Tak tau kenapa,aku paling suka tengok cara dia gelak.. 
Ni bukan nganjing atau ape,ni memang puji ikhlas..
Nampak yang dia gelak tu xdibuat2.
Kejujuran tu boleh dilihat dalam bnyk perkara,termasuk gelak.

Ni pon kuat bahan aku gak.. (macam aku je yg asyik kene bahan)..
Hahha.. tak2..

Kalau kau terbaca ni,aku nak minx maaf r, sebab selalu menganjing ko kat depan kau.
Tapi aku nak kau tau,aku xmaksud ape2.
Cuma nak hepi2,xmaksud nak aibkan sape2.

Pesanan untuk ko,teruskan usaha yang kuat tu.
Kalau kita xnampak hasil dia sekarang,kita akan nampak hasil dia nanti.. 
Sebab,
Tuhan tu Maha Mengetahui dan dia tak pandang betapa pandai pun kita.
Tapi dia pandang pada usaha dan keikhlasan kita.
;)


5.HAIRI AHAD


Mat Romeo en? Tengok gamba pun dah tau..:p
Yang ni sibuk mencarik tulang rusuk..
Hilang katenye..

Aku rase dia r yg paling jiwang dalam cos aku..
:P

Kalau nak stok2 awek,boleh carik dia..
Nak aku bagi no fon x?
Sila bayar..
Hhaha..

Lagi satu,setiap kali movie baru kuar,dia yang tercogok kat pintu utama panggung wayang.
Sebut je semua cter baru,dalam 15.1 saat je,dia da boleh cter seme.
Aku ade membe cani,kau ada?
:)


6.AZRI


Frankly speak,mula-mula aku cuak gak bila nak bercakap ngan budak ni.
Mungkin sebab dia pandai dan aku plak xpandai.
Takut dikritik,jadi aku diam2 sudah.
Tapi,bila borak, rupenya dia macam kitorg gak.
Aku kene bahan gak akhirnya.
=.=''

Alhamdulillah r,dia salah sorg membe aku yg rajin g surau.
Yang lain pun same la.
Xde la sampai xsolat.

Tapi kadang2,aku malu gak sebab xselalu dapat jenguk surau yg sekangkang monyet je dari bilik.
Tiba2,teringat zaman sekolah dulu,rajin g surau..

Haish..
Manusia berubah..


7.FAIZAL ZAINUDDIN


No 7 kot aku letak kau. No jersi CR. haha

Dia ni budak bola. Budak futsal.
Antara yang power main futsal.
Banyak skill.
Ada 3 benda aq jeles ngan dia. Dia power men futsal,mata dia ceklet
Lagi satu?
Tengok perenggan ke 3..
:D

Tak melampau kalau aku cakap,dia seorang membe yang baik dan boleh dipercayai..
Seorang yang naif dan tu yang membuatkan dia outstanding dari yang lain.
Boleh diharap dan boleh memberikan pertolongan.
Mungkin gak dia xsedar,dia yang paling byk bagi miotivasi kat aku bila aku down.
thanx bro.

Perempuan2 yang baca blog ni, g r usha dia..
Untung sape dapat jadik bini. 
haha

Yang paling aku respek, dia solat selalu awal waktu..
Jangan sesekali kau ubah bende tu.
Walaupun berapa tahun pun yang berlalu,aku harap ko x akan ubah benda uh..

Aku harap kau berjaya carik ape yg ko nak dan untung2 kau berjaya jadik seorang pemain bola profesional satu ari nanti.

Aku selalu nak minx ni,tapi aku segan.
Kalau boleh,selalu r doakan aku berjaya. Aku yakin,kalau bandingkan aku ngan kau, ,doa kau lebih cepat makbul dari doa aku.
;)


8.FIRDAUS SAHAT


Ni yang paling beria. Kalau Firdaus yang atas uh paling gigih, ni yang paling beria.
Hahah..

Kalau gelak,memang susah nak berenti.
Kene pukul2,kene belasah2 dia dulu sampai berdarah2,baru dia benti gelak.
*ni tipu. :p

Orang yg agak sebok berbanding dak2 lain.
kesian gak tgk dia kadang2..
Balik bilik selalu lambat,pastu kene bangun pagi2 tok g kelas..

Kalau bagi tugas2 tu kat aku,memang x r dapat buat.
Mesti aku dah terbongkang,terkangkang kat bilik sebab kepenatan..

Yang paling bagus,dia ni concern gak pasal membe2 yg lain.
Kalau yg tgah moody,mesti dia yang pasan dulu.
Bagus r,susah nak carik orang yang memahami perasaan org lain sekarang ni.
Bnyk yg pentingkan diri sendiri..
:O

9.RIZAL ABDULRAHMAN



Pernah tengok artis k-pop? Ni salah satu k-pop sesat...
Muke cam cine.
Mula2 aku tengok,apek mane la yg sesat ni..
hahah..

Dah r dia sesatkan aq ngan video2 pompuan korea..
adoiyai..

Dia jugak yang menyediakan kenderaan untuk kitorg bergeak ke sana ke sini secara 'MiLo FuZe'..
Maksudnya,berhimpit mengalahkan sardin dalam tin..
Kalau sardin tengok kitorg, sardin pun ketawa terbahak2 sampai pengsan.
;P

Dia ade awek.
Awek lawa,padan r ngan lelaki hensem en?
Moga2,kekal sampai anak cucu..

Tak tau r dia ingat ke x,
tapi dia org pertama yang panggil aku 'sahabat' kat sini..
Memang r,nak kaver..
Sebab sebelum tu,dia pressure aku nak mam**s, semata2 nak tau result exam aku.
Gigih betol!!!

haha


10.SYAFIQ FITRI


Kalau ade anugerah paling kental,aku akan bagi anugerah uh kat dia tanpa pikir panjang.
Memang betol dalam dunia ni,setiap manusia memiliki masalah masing2.
Mungkin ada antara masalah2 itu,sama dengan yang lain.
Yang berbeza hanyalah cara untuk berhadapan dan menangani masalah itu,ataupun berserah dan tersungkur di tengah perjalanan.

Dia seorang yang tabah,kuat ,cekal sesuai ngan status dia sebagai anak sulung.
Bukan playboy,tapi suka berkawan ngan pompuan..
Xpe r,maseh single kot..
tadehal nak kawan ngan ramai2 pompuan pun..
nI Mat Romeo gak.
hahah

Dia pun selalu amek berat pasal org lain,
kadang2 sampai diri senirik terabai..
Busy gak,susah nak nampak dia ade kat kolej.
InsyaAllah,dia berjaya kat U ni..

Niat dia baik,jalan dia betol,
Tuhan sentiasa bersama oang2 yang benar dan sabar.

Yang bagus,kalau dia ade problm,dia suka senyum..

Malangnya,aku dah terlalu paham yg senyuman tu mampu di ukir bila2 masa, tapi pandangan mata tu xmampu nak menipu.



11.SYAHID SIDQI SAIDI



Aku paling susah nak dapat gamba dia pandang kamera. 

Hampir 89.99 % gamba dia xpandang kamera.
Ada satu gamba dia pandang kamera dalam simpanan aku, tapi atas unsur2 kemanusiaan dan persahabatan, aku menghormati kehendak dia agar gamba dia pandang kamera jngn diaplod.
:p

Dia adalah seorang lelaki 'cool' yang digilai ramai perempuan secara senyap2.
Dan dia xtahu,tapi aku yang tau.
Hebat x?
huhu.

Dia paling senang nak buat keputusan, sebab ape2 keputusan kitorg dia akan ikut dengan berfikir selama beberapa saat sahaja..
=.=''

Paling suka makan McD.
Kadang-kadang,mata yang kuyu pun boleh terbontang bila dengar perkataan 'McD' ngan 'double 'Cheeseburger'..
adoiyai..

Dia ni agak mudah kesian pada org lain.
Kadang2,sampai rasa bersalah atas kesilapan yang dia tak lakukan.
kadang2,klako gak bila tengok reaksi dia.

Lupe plak.
Dia serba boleh
Sebut je ape.
Futsal,volleyball,basketball,dota,Cs..
semua di folo..
Bagus en?
;)

Pernah satu hari,
aku xtau dia ingat ke x.
Kat stesen bas.
Dia betul2 kesian kat sorg auntie ni,sebab macam ade masalah nak bayar tambang bas.
Dia ajak aku g tolong mak cik tu.
Kebetulan bas lain,yang kitorg tgah tunggu sampai..
Aq cakap,xpayahla..
Tapi dia insist..
Aq tarik gak dia sebab aku tau auntie tu xde masalah ape2..
Cuma dia nak kuarkan duit daripada wallet.
Tu yang macam terkial2..

Dia,
sampai kat pintu bas,
masih tertoleh2 auntie uh.
Aku kagum.
Kadang2,kita xboleh nampak betapa mulianya hati seseorang,
hingga tuhan tunjukkan sesuatu yang kita jarang lihat.
:)

________________________________________________________________________

ITU YANG TERAKHIR.

Ni r antara membe2 yang rapat ngan aku kat U.
Membe baru yang aku harap berkekalan sampai ke tua.
Makan sama2,g kelas sama,ber*k sama2,tido sama2..
haha

Aku harap ,
ukhwah yg terbina ni berkekalan,
walaupun aku tau, satu hari nant,pasti akan terjadi perpecahan..
Ni bukan satu doa,tapi aku pasti ni hakikat.

Aku bercakap dari pengalaman.
Aku buat entri ni,sebab kalau jadi ape2,
Entri ni akan jadi bukti yang kitorg adalah membe dunia akhirat..
Btw,entri ni paling lama aku ambik masa nak habeskan..
Gigih giler nak abeskan.


Kepada membe2 aku,kalau korg terbaca benda ni,
aku minx maaf kalau ade salah silap yang aku xsengajakan.
Segala sentap atau bahan yang aku buat selama ni,xpernah serius..
Saja nak berlawak.
Maaf gak kalau ade antara mana2 bahagian dalam entri ini menyakitkan hati.
Bagitau aku,aku boleh remove.

Trimas jadik membe aku.
Aku doakan ,kalian capai ape yang kalian harapkan dalam hidup.
Jangan peduli apa orang kata tapi percaya r pada diri sendiri.

Nanti dah tua,atau dah berjaya, jngn lupakan aku.
Jngn lupakan entri ni.
Hahah.

Chow!!


Sape nak no. mana2 jejaka ini,sila inbox aku. hahaha


PS:It took so dem long just to feel alright. .



-MANUSIA LEBIH MENGHARGAI BINTANG YANG KELAM SINARNYA, HINGGA TERLUPA AKAN KEHADIRAN BULAN YANG TERANG.MEREKA TERSEDAR APABILA BULAN MULA HILANG DAN MEREKA TERSUNGKUR DALAM KEGELAPAN-
 \

Siap pukul 7.20 malam

1 comment: