Friday, January 27, 2012

Misteri Keretapi Tanah Melayu- KTM

Assalammualaikum.

Hari ni cerita pasal drama sebabak.
Yang sering berlaku,
Di dalam KERETAPI TERMAMPAT MALAYSIA-KTM

Ni luahan hati,bukan elergi sepi.
Bukan jugak puisi untuk berhibur sekadar yang ada.

Hati ni bengang,jiwa ni meronta2.
Badan ni?
Da tersepit banyak kali.

Sampai bila mulut nak diam membisu seribu bahasa?
Sampai bila jari nak diam?
Lagi baik jari ni berlari2 anak, menceritakan sakit hati yang xterluah.

Nak report kat kementerian?
Memang x r.
Aku ni timun,mereka durian.
Hancur bersepai bila kene gelek.

OH KTM.

Aku bosan bro.
Tak pernah!
Belum pernah dalam sejarah hidup aku yang hampir 20 tahun ni,
aku naik KTM yang lengang.
Xramai orang..
Belum pernah!!

Tatkala gerabak KTM bagi salam, memnita izin nak masuk platform,
Pasti berduyun2 manusia  bersidai tunggu KTM berhenti..
Pintu terbukak,
Menanpakkan raut2 sugul manusia di dalamnya.
Yang cukup terhimpit dan tersepit.

Manusia2 di luar pula,
Hilang sifat sabar.
Xtunggu orang keluar,terus nak merempuh masuk.
Lagak macam polis melakukan serbuan.
Kalau aku ade speaker besar,aku dah menjerit kuat2..

KALAU NAK TENGOK MANUSIA YANG MEMENTINGKAN DIRI,SILA JENGAH KTM.
Kat situ,akan nampak, manusia yang bertolakan sesama sendiri,
Berhimpit mengalahkan sardin dalam tin..

Semuanya xde perikemanusian.
Hampir semuanya.
Semua nak cepat, bagai dikejar , seperti takut malaikat maut menarik dari belakang.

TAPI,
Mereka xboleh dipersalahkan secara total.
Memang tuntutan hidup ni kadang-kadang mendesak macam tu.

Kasihan melihat ibu2 mengandung.
Warga2 tua, warga kurang upaya yang tidak dibantu.
Dibiarkan ,terbiar sepi..

Aku?
Bagai rasa nafas di hujung tekak,dihimpit dan terus terhimpit.
Barcampur bau yang memualkan tekak.
Hampir setiap kali.

Banyak kali,aku bemesra ngan pintu KTM.
Banyak kali pintu KTM tu jadi mangsa ciuman aku.
Banyak kali jugak aku bergomol ngan pintu KTM tu.
Melekat bagai pasangan kekasih yang setia.

Bayak kali tangan ni terpegang wanita2 bukan muhrim.
Banyak kali diri ni terpeluk dan dipeluk wanita bukan muhrim.
KTM hanya satu kemudahan, tapi akhirnya mengundang dosa.

APA NI??

Terok!
Negara maju yang menutup mata terhadap benda2 kecil seperti ni.
Kemudahan tidak diperbaiki, dibiarkan rakyat seperti xbermaruah seketika.

PIHAK YANG BERKENAAN,
Tolong sedar!!

Jangn asyik leka ditaburi duit2 rakyat..
KTM sangat menguntungkan,tapi jangn sampai keuntungan tu xberkat.
Tolong jentik mata sendiri biar terbukak luas2.
Tolong korek telinga sendiri agar telinga dapat mendengar.
Segala luahan ,kerutan dan rintihan pengguna seperti kami.

Tambahkan jumlah tren,perjalanan yang mengikut jadual dan banyak lagi perlu diubah.
Tak perlu r aku nak ajar itik berenang kan?

Kasihan melihat gerabak besi,yang terpaksa menanggung beban yang sungguh besar setiap hari.
Aku dah bosan!
Cukup bosan!
Caw.





-BUKAN HATI TAK MAHU BERSYUKUR , CUMA DIRI TAK MAMPU TERHIBUR-

2 comments:

  1. perrgh
    terbaik la.:P
    hahaa
    biasa la
    nak bt cne..asenya gov pon tahu pasl nie
    tp bt2 tak thu
    camne nak capai negara maju..heeee :D

    ReplyDelete
  2. haha. thanx baca..
    Tu r pasal, benda dah depan mata, tapi buat2 xnampak.
    spoil betol..:O

    ReplyDelete