Sunday, May 8, 2011

DIA yg bergelar EMAK..

"Pit,tanpa cita-cita usaha dan dorongan,kejayaan takkan pernah hadir dalam hidup.
Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya.
Jangan mudah berputus asa.
Anak lelaki kena kuat!"
Assalammualaikum..
Esok hari ibu kan?
Hari yang menimbulkan banyak persoalan..
Ada yang kata halal,ada yang kata haram untuk kita,sebagai Umat Islam untuk meraikannya..
Memang benar,tiap2 hari,adalah hari ibu,tpi kenapa kita tidak boleh spesifikkan satu hari yg SPECIAL untuk ibu? 

Aku xmahu fikirkan pasal itu..
Bagi aku,xsalah untuk sambut Hari Ibu.
Kita bukan cuba untuk meniru mana-mana agama.
Aku cuba nak berterima kasih dan menghargai mak aku..
Kalau aku silap,maaf.
:)

Kata2 yg aq tulis kat atas sekali tu,selalu mak aku cakap kat aku..
Untuk aku sentiasa jadikan pegangan dan pedoman..
Tempat aku berpaut,jika aku lemas dengan dunia dan pelbagai cabaran duniawi.

Mak aku,bagi aku dia tiada tolok bandingnya..
Mungkin kalian juga berfikir perkara yang sama dengan ibu kalian..
Terpulang,kerana aku sendiri yakin bahawa apa yang kalian rasa itu juga adalah perkara yang benar!

Dia,
yang memberi aku kekuatan..
Setiap hembusan dia untuk melahirkan aku dan adik beradik aku,takkan mampu kami bayar,
walau dengan apa cara sekalipun..

Dia,
yang membesarkan aku dan adik beradik aku,seramai 8 orang,
SENDIRI-tanpa bantuan..
Mungkin ada ayah aku,tapi ayah aku sendiri perlu keluar mencari rezeki..
Tinggallah,mak aku sendiri di rumah..

Membesarkan 8 orang anak,
bagi aku bukan r satu tugas yang mudah.
Pernah satu kali,mak aku terasa sangat lapar..
Masa tu,mak aku tgh mengandung..
Tapi perasaan kasih sayang dan t/jawab dalam diri,
memaksa dia melupakan sekejap rasa lapar tu..

Dia,
suap dulu anak2 dia yang lain..
Dia dapat rasakan,betapa laparnya anak2 dia waktu tu..
Sampaikan,tangan dia menggigil2 pun,dia xkisah..
Mungkin,Allah memang telah menganugerahkan kehebatan sebegitu kepada seorang manusia bergelar
IBU!

Belum lagi,
kalau menghadapi keadaan2 genting seperti ketiadaan air..

Dia jugak,
yang turun naik tangga untuk menceduk air kat perigi..
Sampaikan dia pernah jatuh terduduk sebab tangga itu patah..

Dia juga,
terpaksa menolak kereta,
jikalau kereta rosak di tengah jalan,
walaupun ketika itu dia sedang sarat mengandung..
SubhanAllah..

Wajahnya,
yang dahulunya cantik,
dibiarkan dimamah usia..
Semata2 unuk membesarkan anak2..
Tapi,
bagi aku,
walau apapun,dia masih lagi cantik sampai sekarang..
:)

Pernah satu kali tu,
aku balik rumah,resah gelisah..
Sebab aku xdapat jawab soklan exam kat skola..
aku tiru je membe aku punya jawapan,hampir 60 peratus..

Balik,
aku rase gelabah,risau,cuak,takut FAIL..
Aku termenung je,sampai melalak sorang2..
Mungkin waktu tu aku darjah 3..
Cengeng en?
haha

Dan,
bila mak aku nampak aku termenung2,
dia pun tanya..

Mula2,aku xnak cakap,
abes last2,aku bagitau jugak,sampai melalak2..
Mase tu aku baring kat mak aku..

Mak aku pun peluk aku kuat2,
dia nyanyi lagu RINGGO..
dia suruh aku ikut dia nyanyi..
Aku pun nyanyi r,sambil nangis2..
Pastu mak aku cakp,xpe..
InsyaAllah,result aku ok..
Dia suruh aku ikot jugak dia nyanyi..
Sampai r aku berhenti nangis..

Hasilnya,xde r aku dapat A..
Tapi lulus r..

Banyak lagi aku nak cakap pasal mak aku,tapi nant aku takut kalian cakap aku menunjuk..
Macam mak aku sahaja hebat..
XDe r..
Aku yakin,mak kalian pun hebat:)

Aku ade bace,status kawan aku kat fesbuk tadi..

-Hari ibu baru nak letak gamba ibu,poodah-

Tapi aku rase,ramai yg slalu letak gamba mak..Aku pun bnyk buat post pasal mak..
Lu silap besar la der..
Tapi,
aku tetap salute kawan aku tu,
sebab dia pun sayang giler ngan mak dia..:)

Dan,
kalau r mak aku baca ni(wpun aku yakin dia xkan baca),
aku cuma nak cakap:

Mak,terima kasih banyak2,sebab mak sanggup mengandungkan orang ngan adik beradik lain..
Sanggup besarkan kitorg.
Sanggup bagi kitorg rase susu mak,sanggup terima kitorg kat dunia ni.

Mak,
maafkan org kalau ade kate2 org yang menyinggung hati mak..
Kalau orang selalu melengahkan printah mak..

Mak,
mungkin ade kate2 yang mnyakiti hati kita,orang minx maaf dan xselayaknya org memberi maaf..
Org xkesah dan xkan berkecik hati..
Org tau,ape yang mak selalu cakap,adalah untuk kebaikkan anak2..

Mak,
maafkan org,
hari Ibu kali ni,
org xdapat bagi hadiah..
Tpi nant,org bagi,
mungkin lambat sikit..
;)

Mak,
maafkan org..
Kalu2 org pernah jadik anak yang xberguna.
Kalau org selalu menyusahkan mak,membawak masalh pada mak..

Mak,
orang xsempurna..
Org selalu cuba nak gembirakan mak,nak buat mak senyum..
orang xnak tengok mak menangis dan termenung,
tapi,
org betul2 mnx maaf,
orang xmampu..

Kadang2,
bila malam,
orang selalu tgk mak tido..
Orang tau mak kepenatan,keperitan,
tapi or xdapat rase..

Mak,
mak kena janji mak takkan tinggalkan kitorg..
Mak kena paham mak sumber kekuatan kitorg..
Nant siapa nak nyanyi untuk org lagi?
Nanti siapa nak bekejar2 ngan org lagi?
Siapa nak berdebat ngan org lagi?
Siapa nak teman hidup org lagi?
Kesian kat anak2 mak..

Mak,halalkan setiap titik susu,keringat yang mak keluarkan untuk anak2 mak..
Hanya Allah yang mampu balas jasa mak..
Mak jangan sedih2..
Senyum banyak2 .
Kitorg sayang mak!:)
Terima kasih banyak2222222..:)

...................................................................................................................

Selamat hari Ibu aku ucapkan kepada semua Ibu,Mak,Umi,Mother,Mama,Mom seluruh dunia..
Aku tunduk dan tabik kepada kalian..
Ya Allah,kau berkatilah hidup mereka ..
Amin..

-Hargai ibu anda sebelum terlambat,jangan nanti....
Nauzubillah.

Apapun,


SELAMAT HARI MAK!!!
;D

-Menghargai adalah satu perkara yang jauuuuh lebih baik daripada menyesali sesuatu yang terlambat-




2 comments: