Sunday, April 24, 2011

NASI ITU MASALAH..

Assalammualaikummmmm..
wo,bapak lame xberblog..maaf, pakai bband,line pun lembab.
naseb2..

Post ni,bukan pasal Um seperti aku janjikan..
Belum sampai seru nak citer pasal UM..

Cuma nak menyampaikan satu perkara..
Benda yang aku baca,dan aku interpretasikan menjadi satu untaian rasa..
Mungkin apa yang aku cakap,hanya aku yang setuju..
Sekali lagi,terpulang kepada yang berfikir..
:D

Hidup ni,xkan pernah sunyi daripada masalah kan?
Memang,bnyk yang aku lihat,bnyk yang aku jumpa,bnyk jugak yang aku alami..
Memberi bukti kukuh bahawa hidup ni xpernah sunyi daripada masalah..


Masalah,
kadang2 akan mengetuk pintu hidup kita,
xkurang yang memberi salam,
ade jugak yang menceroboh tanpa meminta kebenaran..

Dan,
masalah itu,kita terpaksa tangani dengan pelbagai cara,mahupun pelbagai bentuk persediaan..
Sama ada,terburu2 atau berfikir dngn menggunakan logik akal..

Tapi,
masih bnyk yang tersungkur dan terhina dngn permainan masalah..
Kenapa tidak kita menggunakan akal kita sebagai khalifah.
mengawal dan melayan masalah itu dengan sebaik mungkin?
Mungkin,sama seperti aku,pemikiran kita membataskan keupayaan kita untuk bertindak,
dan malangnya masalah itu akan terus menjadi beban umpama najis di dalam perut yang senak..
(Maaf,perumpamaan yang agak menggelikan..hahaha)
:p

Kadang2,
kita merasakan masalah yang kita hadapi itu terlalu membebankan..
Kenapa tidak,kita inovasikan sedikit pemikiran,melihat mereka yang lebih menderita?
Terbeban dengan percaturan dunia yang membingitkan?

Sebenarnya,masalah itu umpama nasi..
Kita tetap perlu makan utk meneruskan hidup..
Sehari tanpa nasi,dah buat kita gelabah,histeria,meroyan..
:P

Kadang2,kita bosan makan nasik,kita cuba mencarik sesuatu yang lain..
Tapi kesudahannya,tetap kita akan mencari nasik..

Dan ,kita cuba untuk mempelbagaikan rasa nasi itu..
Biar nasi itu tidak terus membosankan..
Kita letak asam pedas,buat nasik goreng,letak kicap..
Biar sodap!

Begitulah juga,masalah dtg dalam pelbagai bentuk..
Dan kita perlu menyelesaikannya juga,dengan pelbagai cara..
Hargailah masalah itu,kerana sesungguhnya apabila kita di uji dngn masalah,
itu menandakan bahawa Allah menyanyangi kita..:)

Jadi fikirkan..
Post ni untuk kita bersama..
Bukan untuk kalian sahaja,
tapi untuk KITA..
:D

Satu cabaran!
Bawakan kepada aku orang yang tiada masalah.. 
Aku yakin tiada orang yang tidak mempunyai masalah,
MELAINKAN,
Individu tersebut melihat masalah mereka sebagai peluang dan kasih sayang TUHAN
:)

Assalammualaikum..:)

ps:lepas ni aku akan post pasal pro & kontra si miskin dan si kaya.

chioowww~

Jangan biarkan mata hati itu buta,kerana mata hati tidak pernah berdusta

1 comment: