Thursday, April 28, 2011

Beza antara Si miskin & Si kaya..

Assalammualaikum..
Menunaikan ape yang aku cakap sebelum ni.
Post pasal Pro dan Kontra antara si MISKIN dan si KAYA.

Tapi,UNTUK PERINGATAN, bukan semua pihak terlibat dalam perbezaan dan persamaan ini.
Mungkin segelintir,atau mungkin banyak.

KONTRA

1.Kehidupan..

Si miskin lebih bnyk menempuh kehidupan yang mencabar drpd si kaya. Si miskin mungkin xpernah merasa
naik kereta mewah,xpernah merasa orang bukak kan pintu,xpernah merasa makan stik pun..
Si kaya,kalau ade kereta besar,mesti nak lagi besar.. kalau org lambat sikit bukak kan pintu,mesti dia marah2 sampai nak terkeluar anak tekak..
Stik?
Sentuh sikit je,lepas tu buang..

2.Kasih Sayang..

Si kaya,kalau hendak ape2,mintak sahaja. dalam mase mungkin,kurang daripada 10 minit,dah dapat..
Nak pergi mane2,panggil je org gaji,suh tempahkan tiket..
kalau boleh,diri dia pun nak suruh orang angkatkan..
Ye r,mak bapak sayang kan?
jadi,buat la ape yang mereka nak..Duit pun bnyk..
Bagi org kaya,Kasih sayang itu SAMA NILAINYA DNGN WANG RINGGIT..
Sentuhan? Belaian daripada mak ayah? Nasihat dan teguran yang membina?
Xperlu,xpayah.. Duit yang banyak dah memenuhi segala2nya..
AMAT BAGUS SEKALI!!
Tepok tangan!

Si miskin,kalau nak ape2,mungkin sampai mati,belum mampu dapat ape yang di inginkan.. 
Menangis air mata darah sekalipun,belum tentu dapat ape yang di inginkan.. Terpaksa la berdiam diri,mencari ape2 yang boleh dijadikan pengubat hati.. Terpaksa berusaha sendiri,unuk mencapai apa yang dihajati..
Tapi,hanya satu perkara yang boleh dijadikan pendorong semangat untuk mereka berjaya.
Sentuhan,belaian dan nasihat ibu dan bapa.. 
Mereka tidak pernah lupa menyediakan ini kepada anak2,kerana ini salah satu harta yang mereka ada..
Sebagai satu panduan dan dorongan,agar anak2 mereka berada di landasan yang betul2..
Kasih sayang yang sebenar ini,yang SI KAYA,memandang sepi,dan selalu terlepas pandang!


3.Perasaan dan Integriti.

Si kaya..memang hebat! Penuh dengan emosi kalau sesuatu terjadi.. Lebih2 lagi kalau perasaan marah dan sedih melanda.. Seperti dunia ini dah kiamat bg diri mereka.. 
Mungkin sebab xselalu di uji dengan perkara sebegitu..
Kenapa?
Sebab perjalanan hidup ini sudah terlalu mudah bagi diri mereka..
Tida cabaran langsung!
Jangan bangga sngt! 
Sedih sebab hidup mereka terlalu membosankan.

Si miskin pula,alahamdulillah,ramai yang dapat mengawal perasaan2 ini dengan sebaik mungkin
Mungkin kerana setiap duri perjalanan yang mereka tempuhi,membuatkan mereka kuat..
Nmaun bertambah malang dan celaka,apabila segelintir si miskin yang mengambil jalan mudah,
Menajdi DOKTOR CUCUK SENIRIK,Peragut,perogol dan macam2 lagi..
Ade pulak yang mencabar kuasa ALlah,mengambil nyawa sendiri..
Apa kes?
Bukan si kaya xde terlibat dalam kes macam ni,tapi dimonopoli oleh si miskin..
Maaf,si miskin menang di sini.

4.Rohani.

Bila menulis tentang ini,banyak perkara yang perlu di ambil kira.. 
Takut tersalah menilai dan terus menghukum memKHINZIR buta..
Jadi hanya sedikit pendapat yang dapat aku cakap..
Mengapa masjid2 selalu dipenuhi si miskin daripada si kaya?
Mengapa kenduri2 selalu di bantu oleh si miskin berbanding si kaya?
Mengapa kalau si kaya menghulurkan bantuan,mesti dihebahkan melalui media?
Mengapa si miskin lebih menjaga aurat dari si kaya?
Jadi,terpulang kepada anda yang berfikir..

Bnnyk lagi,tentang keselamatannya dan sebagainya,tapi mase xcukup.. Maaf..

PRO atau PERSAMAAN

Yang same,kedua-dua golongan ini sama.. 
Di perbuat daripada tanah.. Bermula daripada AIR MANI yang hina.
Hanya hamba ALLAH yng cuba bertindak menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Habis

Aku xmemihak ke mane2, Cuma aku mengaku,yang aku ni miskin.. Xada ape2.. Semua tu milik Allah SWT.. dia hanya memberi pinjaman kepada aku.. Segala-galanya yang aku ada ini pinjaman..
Bila2 masa akan di tarik balik satu hari nant.. Jadi,memang betul aku miskin.
MUNGKIN SEMUA ORANG MISKIN!
Jadi kenapa ada yg mengaku mereka kaya?
Siap berjalan angkuh di muka bumi ini?
Orang2 seperti ini yang aku sebutkan sebagai SI KAYA di atas..
SI MISKIN?
anda bukak mata hati,dan anda akan dapat melihat..

Oryte,itu sahaja..
Ingat,bukan semua org macam ni,segelintir!
Maaf kalau ade yg terasa,memang patut anda terasa..

Assalammualaikum..:)


 “Dan janganlah engkau memalingkan muka engkau daripada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah  Luqman ayat 18.

No comments:

Post a Comment