Monday, March 14, 2011

No Doubt.. This Is Me!

Assalammualaikum..
Berikutan baru-baru ni,ada pihak yang menyerang aku kat blog dan formspring,bertanyakan tentang siapa aku sebenarnya,
dan ada jugak pihak yang nak tahu cerita tentang aku,
dan ada jugak yang curiga tentang latar belakang aku..

Aku ambil keputusan untuk buat post ni..
Ini bukan versi memuji diri sendiri ataupun membuka pekung di dada..

Nama aku Suffian Bin Osman..
Dulu,mak aku nak namakan aku MUhammad Suffian Bin Osman..
Tapi disebabkan mak aku tidak suka dengan seseorang yg bernama Muhamad pada waktu itu,
Nama Muhammad pada sijil lahir aku dipotong..
Boleh lihat dengan jelas,nama aku pada sijil lahir.... MUHAMMAD SUFFIAN BIN OSMAN.

Disebabkan itu,hanya aku sahaja yang mempunyai satu nama dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain.
Di rumah,aku digelar Pit, di sekolah aku digelar Pian..
ade jugak yang memanggil aku Suf,Sufi dan Yan..
aku tak kisah tentang panggilan nama aku,asalkan nama bapak aku disebut dengan elok..

Dilahirkan sebagai seorang anak bongsu,
bukan jaminan bahawa aku dimanjakan berbanding 6 orang abang dan kakak aku.
Semuanya adalah sama..
Aku jugak dimarahi,ditegur kalau membuat kesilapan..
Aku jugak tak terlepas daripada perasaan kecik hati kalau ada sesuatu yang menyinggung perasaan aku..

Membesar dalam keluarga yang agak besar,aku lebih banyak hidup dalam keadaan selesa..
Aku seorang yang suka memerhati,jadi apabila aku melihat ayah dan mak aku memarahi abang2 atau kakak aku,
aku cub mengelak daripada terjadinya perkara yang sama..
Aku cuba untuk menjaga hati kedua-dua ibu bapa aku,dan natijahnya, banyak benda yang aku tak dapat rasa,banyak perkara yang aku tak dapat cuba..
Aku hidup dalam keadaan selesa yang mungkin memakan diri aku sekarang..
Tapi aku tetap bersyukur,aku tidak terlibat dalam banyak masalh remaja sekarang..
TIADA SESIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN..
Bahagian keluarga aku tamat di disini..

Sepanjang hidup sebagai pelajar sekolah,
tak banyak yang aku boleh kongsikan..
Aku belajar di sekolah lelaki daripada darjah satu hingga tingkatan lima..
Aku masak benar tentang keadaan di sekolah lelaki..
Banyak benda yang boleh dilihat di sekolah lelaki yang kita tidak boleh lihat di luar..

Di sekolah, aku mungkin seorang yang agak aktif..
Alhamdulillah,Allah berikan aku sedikit bakat dan ilmu untuk aku gunakan..
Aku bersyukur,kerana daripada seorang budak buta huruf yang tidak pergi tadika,aku berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam peperiksaan,hingga aku menamatkan alam persekolahan..
Terma kasih kepada cikgu ,keluarga dan rakan-rakan yang mebantu aku..
Alhamdulillah..

Aku seseorang yang mementingkan kesempurnaan pada setiap perkara yang aku ingin lakukan..
Biar orang lain lihat perkara itu tidak sempurna,tetapi jika aku melihatnya sebagai sesuatu yang sempurna,itu sudah memadai..
Aku tak nafikan ,aku suka memerhati orang lain,dan aku membuat kekhilafan dengan memperkatakan tentang orang itu..
Tetapi perkara ini bukan selalu terjadi..

Selalunya,aku mementingkan impresi daripada konklusi..
Kadang-kadang aku hipokrit,mungkin untuk menjaga hati..
Terlalu emosi,mungkin seorang yang kurang berdikari
Aku juga tak nafikan,aku seorang yang cakap berlapik (soft spoken), tapi adakalanya aku boleh menjadi seorang yang penyindir dan kurang adab..
Aku tidak akan mencari masalah dengan sesiapa,asalkan dia tidak mengganggu hidup aku dan tidak mencemarkan nama baik aku dan keluarga aku..
Kalau sesuatu perkara itu tidak kena pada mata aku,aku akan bercakap( one to one)
atau aku akan pergi dari situ..
Aku mungkin seorang yang meyimpan setiap rasa tak puas hati, dan aku risau , kerana rasa tidak puas hati itu akan menjadi dendam..

Bercerita tentang masalah aku?
Jikalau itu terlalu peribadi,aku tidak akan meluahkannya..
Maaf,tetapi sehingga kini,hati aku tidak terbuka untuk mempercayai sesiapa..
Tempat mengadu aku hanyalah Allah..
Aku berdoa agar aku jumpa orang yang boleh dipercayai suatu hari nanti.
-Aku bukan orang yang alim-

Aku juga seorang yang degil..
Jika aku telah buat satu pilihan,aku akan tetap pada pilihan itu melainkan ada sesuatu sebab yang membuat aku mengubahnya..
Tapi ini tidak bermakna aku seorang yang tidak menerima pandangan orang..
Aku lebih suka berbincang daripada buat keputusan melulu..

Aku mungkin bersikap kebudak-budakan dalam banyak masa..
Aku boleh memberi nasihat,tapi aku juga selalu memerlukan nasihat..
Aku suka berkawan,tetapi aku anti kepada orang yang selalu buat muka menyampah dan perasan bagus..
Kepandaian dan bakat bukan lesen untuk bersikap bongkak atas muka bumi ni..
Aku suka buat lawak,kebanyakkannya lawak bodoh, sehinggakan ramai orang gelarkan aku SAIFUL APEK dan BADUT..
Hahha..

Satu perkara lagi,aku tak suka kalau orang mengganggu privasi aku tetapi kalau mengmbil tahu atau mengambil berat xape..

Aku seseorang yang mementingkan persahabatan..
Malangnya,kadang lebih daripada hubungan dengan keluarga aku..
Tapi aku dah sedar..
Aku tak kisah kalau kawan-kawan aku lupakan aku, yang penting aku ingat mereka ..
Aku akan berasa tak tenteram kalau ada orang yang tidak puas hati dengan aku..
Aku cuak,mungkin ada perbuatan dan percakapan aku menyinggung hati sesiapa..
Di kesempatan ini,aku ingin memohon maaf..

Cinta?
kalau waktu sekolah rendah,ada cinta-cinta monyet..
Sampai main kahwin-kahwin..
Masuk sekolah menengah,ada yang datang dan pergi..
Hinggalah aku jumpa seorang gadis..
Tapi malangnya,Takdir Allah itu lebih hebat..
Jodoh kami tak panjang..
Kami berpisah selepas hampir 3 tahun.
SEkarang?
Mungkin masih mengenali hati budi masing-masing..
Jiwang?
Sikit r..
Pencinta yang setia..
hahahahah

Masa lalu,
kadangkala aku mahu masa lalu aku dipadamkan..
Aku pernah hampir melanggar batas pergaulan lelaki dan wanita..
Alhamdulillah,Allah bersama aku..
Banyak dosa yang aku lakukan..
Aku sedar,dan aku menyesal terhadap dosa-dosa aku..
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa aku..
Cuba macam mana sekalipun,.aku tahu, memori itu tidak akan terpadam.

Kelemahan?
Mungkin banyak..
Tapi dua perkara yang paling aku sedar.
Aku tidak boleh melakukan dua perkara yang aku rasa hampir 97% penduduk dunia mampu lakukan..
Biar aku simpan sebagai rahsia..

Anak?
Aku memang suka dengan budak2..
Kadang-kadang aku terfikir,bagaimanakah rupa anak aku nanti..
Tapi,
aku sendiri pun tak tahu..
Adakah sempat untuk aku memiliki anak?
Mungkin maut akan menjemput aku sebelum aku selesai menjawab lafaz nikah..
Entah..

Apa yang aku mahukan,
Agar aku dapat memenuhi hasrat ibu bapa aku..
Agar aku dapat menghantar mereka mengerjakan haji dan melihat mereka memakai ihram satu hari nanti..
Demi ALLAH,Kebesaran dan keagungannya, aku cintakan keluarga aku,lebih-lebih lagi ibu aku..
Aku tahu,keluarga aku berharap pada aku..
Aku bukan daripada keluarga yang kaya,dan aku perlu untuk mengubah keadaan ini..

Aku harap,
satu hari nanti,aku dapat mengenali erti aku,erti hidup,
dan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya..

Aku anak bongsu,
dan aku harap,
-Aku menjadi kesudahan yang baik-

ps:Maaf jika ada yang menyampah..Aku akui,aku tidak pernah sempurna..



-KITA JAUH BERBEZA DAN TIDAK SERUPA-




5 comments:

  1. inilah pian :)
    lame x komen sini . hehe .

    ReplyDelete
  2. I loike..nice...hehehe..tak sangke rajin blogging.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. :)awk seorang perahsia sebenarnya :)
    ada yg sangat penting yg tersimpan....
    semoga dipertemukan dgn owg yg dapat berkongsi suka dan duka :)
    nice entry :)

    ReplyDelete