Monday, January 31, 2011

In Memory of Ikeuchi Aya

People should not dwell in their past.It's enough to do your best in what you are doing now..

Kadang2 perjalanan hidup ni xkan seindah dan semudah yang kita sangka..Di saat kita berasa gembira,kita tidak sedar, pada masa yang sama ada hati dan perasaan yang terluka, ada jiwa dan tubuh yang merana..

 Manusia memang tamak,kurang bersyukur,selalu tidak puas dengan apa yang mereka ada.. Jika tumbuhan dan binatang pun sudah mengerti dan paham tentang jangka hayat mereka,kenapa pula manusia bertindak, memberontak dan cuba melawan dengan kematian mereka sendiri...
Adakah manusia cuba untuk menipu?

Tidak!!Kerana semangat manusia itu sentiasa wujud..Kegilaan tentang penderitaan hidup ni tidak seharusnya menjadi satu sebab kenapa kita perlu gagal dan terus terjatuh.Tiada sesiapa berseorangan dalam dunia ini..
Dan tiada sesiapa yang ingin dtinggalkan keseorangan dalam hidup ini..

IKEUCHI AYA..
Seorang gadis JEPUN,Disahkan menghidap penyakit saraf yang tiada penawarnya..Daripada seorang gadis lincah,periang,bijak..Menjadi seorang yang langsung tidak mempunyai keupayaan..Keupayaan untuk berdiri,bercakap,memeluk..juga tiiada keupayaan untuk tersenyum..

Tapi,dia masih mempunyai harapan,Dia mengharapkan agar dia dapat membantu orang satu hari nanti,Walaupun selepas dia mati..Selama 11 tahun dia menderita,keupayaan dia dtarik sedikit demi sedikit..

Segala kegembiraan terpaksa dilepaskan..Kawan,teman  orang sekeliling..Dia terpaksa mengakui hakikat bahawa dia tidak berhak untuk merasai cinta,lantas dia menolak kekasih yang begitu mencintai dia..

Azam dia sangat teguh,berbekalkan dorongan kelurga,rakan2,orang yang dia sayang..Dia mampu bertahan..
Dia cuba untuk terus memotivasikan diri dengan menulis segala kata2 semangat dalam diari tu..

Sehingga....

Dia xmampu menulis lagi..Dia  menghembuskan nafas terakhir,Dengan membawa seluruh penderitaan yang hanya dia dapat rasai:

Banyak pandangan yang memandang pelik kepada aku,tetapi lebih banayak pandangan yang lembut merenung aku..

Aku terkurung di sebalik tembok ini,tembok yang memisahkan,menunjukkan bahawa harapan aku terkurung sama..

Bila anda berasa putus asa,pandanglah ke langit,dan langit serta awan itu akan tersenyum kepada anda..

Bila anda terjatuh,anda akan rase lebih bersemangat jika anda bangun semula..

Ibu,saya serahkan semua kepada anda..

Ibu..Kenapa saya? Kenapa penyakit ini memilih saya..??

Ibu,...Bolehkah saya merasai perkahwinan?

AKU HILANG DALAM JERITAN HARAPAN AKU SENDIRI,MENCARI SEPASANG TANGAN YANG MAMPU MEBANTU AKU,TETAPI TIADA..HARAPAN..MASIHKAH ADA UNTUK KU??...
SUDAH BANYAK AIR MATA AKU TITISKAN,BAGAIKAN TIADA SEBAB UNTUK AKU TERUS HIDUP..ADAKAH AKU AKAN PERGI KE TEMPAT DI MANA AKU TAKKAN MENANGIS LAGI??

Ikeuchi Aya disahkan meninggalkan dunia pada 23 Mei 1988 pada usia 25 tahun..Meninggalkan seorang ibu,bapa, dua adik perempuan,seorang adik lelaki,rakan2...dan kekasih yang benar2 mencintainya..

Diari tulisan Aya,diterbitkan ,dan sehingga kini, hampir 18 000 000 salinan diari beliau,memberi dorongan semangat dan sinar kepada ramai orang..

Dia tidak mati,dia tetap terus hidup bersama kegembiraan,semangat dan ketenangan banyak orang,,Jika aku berpeluang ke JEPUN satu hari nanti,pasti aku akan melawat kubur beliau dan aku akan ucapkan tahniah,juga kepada mereka yang berada disekeliling dia kerana bagi aku,dia seorang gadis yang sangat terhebat.

Tiada kekecewaan yang paling dahsyat sebenarnya melainkan apabila kita kehilangan sesuatu yang kita rasakan sepatutnya menjadi milik kita..Besyukurlah sementara anda berpeluang menikmati itu,tidak seperti Aya..

Aku teringin nak beritahu,jika kau masih hidup,kau tidak pernah berseorangan di dunia ini..Kau satu sumber kekuatan yang sukar ditemui sekarang ni..Aku respek kau!!..


 IN MEMORY OF IKEUCHI AYA,MAY HER SOUL REST IN PEACE..


Salah satu tulisan terakhir beliau:

Reality of life was too cruel..Too brutal. I don't even have the right to dream..As I think about the past or future,my tears will come out again..

1 comment:

  1. heeee
    nurul tgk sikit je cite nie.
    haish
    roomate tgk smpi nangis2.
    hhaahhaah
    mmg sedih kan

    ReplyDelete