Wednesday, December 25, 2013

Tiada Tajuk

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

.......Tunjukilah aku jalan yang lurus,
Jalan orang2 yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
Bukan pula jalan orang2 yang KAU murkai & bukan jalan orang2 yg sesat..

Sungguh, dalam hidup ni kita melalui satu kepayahan yang membebankan. Rasa sakit yang tak berbelah bagi. Sungguh dalam hidup ni kita melalui satu waktu dimana kita tidak percaya dengan diri sendiri, melewati batasan kemampuan akal dan roh.
Membataskan jiwa dan pemikiran yang waras. Sungguh bila tiba masanya, seluruh atma dan isi tubuh akan lumpuh dengan bekunya hati dan perasaan.
Betapa kacau dan galaunya jiwa ini, tatkala kita merasai diri dah kehilangan segala-galanya..
Umpama tubuh layu yang xpunyai nyawa..
Betapa diri ini terasa terhumban dengan permainan takdir dan gurauan waktu.
Terasa diri ini diadili dan dihukum dengan hukuman batiniah yang cukup membebankan.
Ingin roh dalam jasad , berteriak dan memberontak,
apa salah dan apa dosa sekeping jasad?
Ingin secebis iman ini merayu pada sang pencipta, hentikan ujian sebegini..
Sekali terhantuk, dua kali terngadah, mengapa perlu ada kali ke-3?
Siapa diri ini, memang hanya DIA yang tahu..
Kenapa bukan insan lain membuka mata kepada kebenaran, lantaran taksub dengan pendustaan?
Betapa bebannya hati ini menanggung pengorbanan yang disalah erti..
Andai diri ini dah terlalu membebankan, andai diri ini terlalu menyusahkan..
Hentikanlah segala permainan, aku ingin mengundur diri..
Kala terasa maruah diri ini, diinjak dan dibiar sepi..
Sentaplah diri ini ke dunia nyata.
Biarkan diriku terbelalak dengan kenyataan
Pasakkan tubuh aku atas realiti..
Butakan mata aku dengan kebenaran..
Aku tak nak lemas dengan dunia..
Selimutkan aku dengan selimut syurga, bukan dakapan cerita semalam.
Siapa aku, siapa aku di depan Tuhan ku?
Apa yang terjadi, telah dan bakal terjadi, demi Allah yang mempunyai kuasa yang paling agung..
Aku Pasrah..

*Ini mungkin entri terakhir blog ini. Salam ukhwah. Terima kasih kepada yang membaca. Moga Tuhan merahmati kamu..

-ANDAI MELANGKAH KE HADAPAN ITU TERLALU MENYAKITKAN, BERUNDURLAH-

Monday, August 5, 2013

Bertabahlah Wahai Hati.

Assalammualaikum.
Salam sisa Ramadhan terakhir..
Entah berjumpa ke tidak tahun depan.
Hmm.. *wondering..
:P

Disebabkan hari ni dah tido banyakkkkkkkkkkkkkkkk giler,
tup2 sekarang aku da tak boleh tidur.
Ada legend kata, kalau kita xboleh tidur, itu maknanya ada orang sedang bermimpikan kita..
Wahhh..
Percaya la sangat.. 
Huhu..

Bila dah tak dapat tidur macam ni..
Seelok-eloknya kita bermuhasabah diri..
Fikirkan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita..

Kehidupan ni banyak pancarobanya..
Bukan selalu kita dapat berdiri teguh tapi hampir selalu kita terjatuh..
Dan setiap kali terjatuh, kita terluka.
Semakin hari semakin banyak kita terjatuh.
Semakin hari semakin banyak kita terluka..

Sakit.
Siapa yang kata terjatuh tu tak bawak kesakitan memang penipu.
Tapi, setiap kali kita terjatuh, kita cuba sedaya upaya untuk bangun.
Walaupun kita rasa, banyak tangan-tangan yang menolak kita supaya kita tak berjaya bangun.
Tapi kita cuba jugak untuk berdiri sebab ada suara dan tangan-tangan halus yang menghulur kepercayaan.
Kepercayaan bahawa akan ada yang lebih baik bila kita mampu berdiri semula.

Namun, 
langit tak selalunya cerah.
Kita mungkin akan terjatuh lagi, bahkan mungkin tersungkur..
Hingga kita rasa dunia ini gelap gelita.
Hinggak ita rasa tangan dan suara-suara halus tu dah mula hilang..

Kita alpa dan terlupa,
kita manusia hina yang sering melakukan dosa.
Dan setiap kali Tuhan menurunkan ujian,
kita mengeluh dan kecewa..

Kita alpa dan terlupa,
Tuhan menguji kerana kita dah terlalu jauh..
Tuhan menegur kerana kita dah terlalu leka..
Tuhan menyapa kerana dia terlalu rindu kepada kita..

Bagaimana kita boleh mengaku diri kita beriman, walhal kita xnak dan xmahu diuji?
Xmalu ke?

Entri kali ini lebih kepada diri sendiri.
Yang selalu merasa terkilan, hampa dan terluka.

Entahlah, diri yang dahulu mula hilang.
Tapi aku masih mencari.
Walaupun akhirnya pencarian ini tetap menemui jalan buntu..

Memang sedih tatkala kita membesar, kita terpaksa lupakan perkara2 biasa yang kita buat ketika kecil.
Kita terpaksa belajar untuk melepaskan dan menerima kehilangan..

Bertabahlah wahai hati..
Tak semua yang kita rancang akan berlaku.
Kerana perancang dan pelaksana terbaik hanyalah DIA.

Biarkan air mata mengalir.
Tak semua orang mampu untuk menangis..
Tapi selepas menangis, kesat lah air mata dan senyum.
Cuba kuatkan hati walaupun hati dah cukup terluka.
Yakin pada takdir Allah, kerana janjiNYA adalah pasti.

Seorang sahabat pernah bagi kata-kata ini..
Terima kasih bro,
 Semoga bermanfaat..
Jangan pernah ragu bahawa Allah selalu bersama mu. Kekecewaan hanya sementara sahaja. Percayalah, semuanya akan indah pada waktunya

Kadangkala Allah sengaja beri kita sunyi dan keseorangan walaupun ada insan disekeliling kita. Allah rindu untuk dengar kita mengadu padaNya.

Ya, Allah rindu nak dengar kita mengadu kepada DIA.. 
Panjatkan doa dan bertawakal, moga diberi segala kekuatan dan keberkatan.

Sungguh, kadang-kadang kita rasa dah tak mampu dan dah tak larat.
Kita nak berhenti, meraung dan lari ke hujung dunia.
Tapi..
Bertabahlah wahai hati.
Semua akan indah pada waktunya..

Salam Ramadhan terakhir.
Wassalam

"Ya Allah,
Jangan kau uji aku melebihi batas kemampuanku.
Ya Allah,
Jika benar kau mahu mengujiku, sampaikan dan yakinkan kepada aku bahawa kau benar-benar menyayangiku.
Biar aku terus bersujud menuju syurgaMu"
Aamiin.



-You live longer once you realize that any  

time spend being unhappy is just a waste-