Wednesday, January 5, 2011

JELITA:The Price Of Beauty..

The story is about a young girl named Tasmina bt Hishamuddin,obsessed with beauty and is capable of doing anything to get her right as a human. Is she?She believed that religion,law and society are all against her. Will tasmina get what she wants?
Or the price of beauty too high?


Semalam..Aku ngan membe2 aku pegi tengok MOCK TRIAL:JELITA..UIA.
Mock trial ni macam perbicaraan olok2,ade teater gak..

Cerita@teater@persembahan ni pasal seorang perempuan hodoh(xnampak hodoh sangat r) yang dihina dan dikeji sepanjang hidup dia.Dikatakan sebagai pembawa malang..Disebabkan tekanan macam ni dngn xde tempat mengadu,dia bertindak menggunakan ilmu hitam untuk cantik..Dia sanggup membunuh kawan sendiri.Dia ditangkap,dibicarakan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..

Tapi..
Dia bertindak membunuh dirinya sendiri kerana dia merasakan semua perkara di dunia ni amat kejam..

-TIADA PERKARA YANG ADIL DALAM DUNIA NI-

Aku tgk jalan cerita ni sebagai satu bahan yang menarik..Yang org susah nak nampak dalam hidup seharian..Nant aku cakap..

Cuma ada beberapa kelemahan yang aku nampak.Aku bukan pandai sngt dalam teater@persembahan ni,tapi aku rase persembahn ni lagi berjaya kalau:

1:Segelintir pelakon2 yang kaku semalam practise lebih sket.
2.Music xterlalu kuat sampai supaya suara pelakon bole ddengar..
3.Skrip perlu betul..(mayat dngn kubur xsama)
4.Video dan sistem teknikal kena pantau sebab masalah ni agak potong stim semalam...
5.Kesinambungan cerita perlu betul-ending.

SELAIN DARIPADA HAL2 KAT ATAS....

Persembahan ni adalah YANG TERBAEKKKK!!!
:D

AKU PUJI:
1.Jalan cerita ni.
2.Pengarah dan pelakon2 muda yang bersemangat gler.
3.Pandai timbulkan humour yang bikin kecoh..
4.Dapat tuka suasana dng cepat.
5.Pandai susun lagu.
6.Pelakon muda xkayu macam bnyk pelakon lain..
7.Interaksi ngan penonton bagus..
8.Moral cerita ni..HEBAT!


Moral cerita:
1.Harga kecantikkan tu mahal hanya bagi org yang tidak bersyukur dengan ape yang kita ade dan terlalu obses dngnya..
2.Manusia suka menuding pada keburukkan org tanpa menyedari mereka mendedahkan kejahilan diri sendiri..
3.Siapa kita untuk menilai manusia lain?
4.Apabila satu kejahatan tu berlaku,jngn menghukum terus.Kaji dan fikir apa yang sebenarnya yang berlaku.Apa yang kita harapkan daripada seseorang yang kita selalu umpat,keji,hina dan caci?Kita harap mereka gembira?

TIDAK!

5.Sesekali kita perlu letak diri kita dalam diri org lain..

Apepun,SYABAS dan TAHNIAH aku ucapkan kat semua yg bertungkus-lumus menjayakan benda ni.Khas buat M.Syafiq@Kamal yang jemput dtg,Putra Haziq(dIREctor) ,Pelakon utama(TaSMINA),Pendakwa raya,Nab & membe2 SASER-UIA (Hamzah 'Azhan,Yazid Zakaria).

Anda bukan hanya berbakat jadik peguam tapi pelakon gak do!!haha

Membe aku cakap:Weh,Nnti tahun depan kita tengok MOCK TRIAL 2012 plak r!!

Bangga x?
hahah..

Wokeh!
Chow!
Assalammualaikum.
:D

-KAU TAHU APA YANG AKU TAHU? KAU RASA APA YANG AKU RASA?-

1 comment: