Friday, November 5, 2010

Dia yang Ditinggalkan.

Tujuan aku cerita benda ni bukan untuk mendedahkan kisah sesiapa,bukan juga untuk mengundang simpati CUMA bertujuan untuk memberi pengajaran...
BETAPA HATI ITU BUKAN UNTUK DISAKITI DAN DILUKAI..

Masa aku tengah selak2 satu buku tu,aku terbaca..coretan seseorang..
tentang sebuah kisah...

Benda ni jadi kat satu negeri yang agak membangun gak r..
Tak payah aku citer lebih pasal negeri tu..XPENTING..

Ada satu family ni..
nak kata kaya,xjugak,nak kata miskin pun xjugak..
Tapi family ni boleh dikira bahagia gak la..
Ada satu isteri ngan satu suami..
Ada anak yang agak ramai..
Tapi mereka hidup bahagia..
Ye r,anak ramai,mesti kecoh rumah..

HINGGALAH...
Kelahiran seorang budak dalam family tu yang disangka akan bawak lebih bnyk kebahagiaan..
Tapi malangnya,budak tu xsama seperti yang lain..
ENTAHLAH..

Apa yang membezakan budak tu daripada anak2 yang lain,AKU PUN TAK TAU..
Cuma dikatakan,budak tu lain..(tapi still manusia r)

Membesar dalam kelurga yang agak besar,
still,budak tu dberikan layanan yang baik..

Cuma kadangkala,dia terlalu dilindungi..
Menyebabkan dia kekok dalam bnyk hal..
Menyebabkan dia sangat memerlukan pertolongan..
Malangnya,kelahiran dia seakan2 mengundang bencana..
Bahagia yang diharapkan,kegelapan yang dihamparkan..

Menyelami kisah dari awal kelahiran hinggalah pada ketika dia mula brsa tersisih..
Baru dia menyedarii..
DIA HANYALAH PEMBAWA MALANG SEMATA2..

NURSE,ANAK TU ANAK LELAKI KE PEREMPUAN?

LELAKI..
HAH??!!SYA INGAT PEREMPUAN...DAH LA,BAWAK JAUH2 ANAK TU...

HMM,BETUL KE XNAK?COMEL ANAK NI,,SYA BAWAK BALIK KANG..
hmmm,tak..Bagi balik...

Tapi,sejak hari itu,makin dia membesar,makin bnyk maslah yang ditimbulkan.
Sama  ada sedar ataupun tidak..

Balasannya,Dia ditujah2 dgn tuduhan yang melulu..
Tuduhan bahawa betapa dia membawa kesusahan kepada keluarga dia sendiri..
TUDUHAN YANG AMAT MENYAKITKAN..

sedangkan dia tidak bersalah..
TIDAK!
Tapi,tiada siapa yang mendengar..
Dia ditolak semakin jauh,
hingga pada suatu ketika,
dia ditinggalkan di satu ruang yang cukup gelap...
Gelap..

DIA MERAYU....
Mak,ayah,abg,kakak,
Jangan tinggalkan saya
Saya takut,
Saya masih kecil..
Saya perlukan kasih sayang..

TApi xder siapa yang mendengar..
Dia hanya dipandang dengan pandangan kosong.
Kasih syang kelurga yang maha agung,
Berlalu seperti angin...

Budak tu menangis teresak2..Tiada sesiapa yang datang memujuk..

Hingga pada suatu hari,
ada seorang yang hampir serupa datang pada dia..
Serupa pada wajah,dan mungkin perangai..
Datng untuk berkongsi kegembiraan
Mahupun kesedihan..
Kekecewaan yang budak tu rasakan sedikit terubat..

Manusia itu slalu memberikan kekuatan kepada budak tu,
memberikan semangat,
membuatkan budak tu kembali percaya kepada manusia,
menyuburkan kembali kasih sayang budak tu kepada keluarganya,
DAN MENUNJUKKAN BETAPA HEBATNYA ERTI PERSAHABATAN..

Kau tau tak,aku slalu nak ader kawan macam kau..
Aku ikhlas kawan dengan kau,
Biarlah apa orag kata..
Aku tau kau baik..
Xder sape2 benci kau..Macam mana nak benci orang baek..
PLEK AH KAU!
hahahha......CHEER UP LA...
SMiLE
:)

Tapi ..
persahabatan yang ada,
dipukul ombak menggila...

Manusia itu bangun dan ingin berlari pergi..
Ntah kenapa...
Budak tu merayu lagi...

JANGAN TINGGALKAN AKU....
JANGAN..
KAU MACAM KELUARGA AKU DAH..
AKU SAYANG KAU..
JNGN PERGI...AKU TAKUT TINGGAL SENDIRI..

Tapi tangan yang cuba menahan tu dtepis dengan kasar...
Mata budak tu ditatap tajam..

MENGENALI KAU ADALAH SATU KESILAPAN!
U R A BUMMER!

Budak tu dihamun dengan berbagai2 makian..

Tangan yang cuba menggapai itu rasa terlalu lemah..
Budak tu terjelepok,
tak mampu berkata apa2..
Dia Ditinggalkan lagi,
Kali ini dengan kekecewaan yang maha dahsyat..

Dia cuba menjalani hidup denagn kekuatan yang masih ada..
Kerana dia yakin TUHAN tu tetap dan masih bersama dia..
Dia tidak pernah menyimpan dendam,bahkan dia masih menyayangi sahabat dan keluarga dia..
Dalam solat,dia sering menangis apabila mendoakan mereka..

TAKDIR TUHAN,TIADA SIAPA YANG TAHU..
Dia makin membesar,dan dalam perjalanan hidup dia,
Dia bertemu dengan seorang gadis..
Gadis yang dirasakan mampu menyinari hidupnya bagai bintang2 di langit..
Dia rasa amat bahagia dan disayangi..

Malangnya,Bintang yang bersinar itu pun mampu bertukar rupa menjadi komet yang panas..
Gadis itu pergi dgn kata2 yang cukup menusuk..

Saya sayang dan kasihkan awak hanya kerana saya KESIAN..
KESIAN!!!

Budak tu ditinggalkan lagi..Dengan perasaan yang amat luka..
Dengan hati yang tidak mampu lagi menyayangi dan mempercayai sesiapa..

Apa salah budak tu?Dia tidak bersalah apa2...Dia cukup berhati2 dengan apa yang dia buat ...
Tapi kenapa,masih ada yang berani dan sanggup merobek perasaannya..??
Dia tak pernah mintak dilahirkan untuk dituduh sebegitu oleh keluarganya..
Dia tak pernah mintak mempunyai persamaan seperti sahabatnya itu..
Dia tak pernah mintak dikurniakan perasaan cinta kepada gadis itu
Tapi,kehidupannya penuh dengan kekecewaan..
Telinganya selalu terngiang2..
KAU MENYUSAHKAN!
KAU PEMBAWA SIAL! SIAL!
Menagapa mereka sampai hati meperkatakan sebegitu,sedangkan dia sangat sayang pada orang yang berada disekeliling mereka..ENTAHLAH..Mungkin itu bahagian dia.Mungkin tu yang TUHAN dah tetapkan untuk dia..Dia tahu dan dia paham itu yang terbaik untuknya.

DIA XBERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN APA2 SEBAB DIA MILIK TUHAN DAN DIA YAKIN SEMUA YANG BERLAKU ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA...

Dalam doanya:
Ya Allah,
Demi zat dan keagunganmu,
Aku bermohon agar KAU ampunkan segala dosa2 aku,
Dosa keluargaku,sahabatku dan orang-orang yang aku sayang..

Demi KAU,
Aku menyayangi mereka sepenuh hatiku,
Tapi apalah dayaku,
Kau lebih tahu dan berhak atas segala2nya..
Memang aku slalu mengharapkan kasih sayang yang benar2 jujur dan ikhlas dari mereka,
Tapi aku xberkesempatan untuk menikmatinya..

Takpelah,
Asalkan aku masih dapat melihat mereka dan aku tahu mereka bahagia..
Aku redha..

Ampunkalnlah dosaku terhadap mereka andai benar kehadiran aku membawa malang kepada mereka.
Aku betul2 menyesal kiranya memang benar hakikat itu.
Dan aku telah mengampunkan setiap satu dosa mereka kepada ku..

Ya ALLAH..
aku adalah kepunyaan KAU,
KIranya hidup aku tidak membawa kebahagiaan dan makna kepada sesiapa.
Kau jemputlah aku kembali ke sisiMU...
Cuma aku minta,jemputlah aku ketika aku dalam iman
dan aku berharap agar nafasKU terhenti di ribaan ibuku..
Itu sahaja pintaKU YA ALLAH..

Aku tidak ingin mengucapkn ini,
TAPI AKU BENAR2 MERASA KECEWA DENGAN KEHIDUPAN INI..
ampunkanlah aku YA ALLAH..

Selepas itu,dia terus menjalani hidup seperti sesiapa.Dia berharap agar tuhan menutupkan pintu hatinya untuk menyayangi orang jikalau orang itu akan meninggalkannay lagi walhal pada hakikatnya,dia benar2 ingin disayangi..

Jikalau ada yang sudi menghulurkan tangan,dia hnya senyum..
Topeng menutup kekecewaan..

Senyuman yang dahulunya amat manis,
menjadi hambar tidak bergula..
Suara yang selalu memecah hening,
mendiam seribu bahasa..
Pandangan yang dahulunya bercahaya,
menjadi malap bak bintang hilang sinarnya..
Dirinya hanya menyimpan rahsia..
Rahsia yang membuatkan dia tersungkur di tepi jalanan...

Pada masa itu,barulah keluarganya datang kembali..
TETAPI YANG MEREKA DAPAT HANYA JASAD KOSONG DI MANA HATI JASAD ITU TELAH TERKUBUR TIDAK BERNESAN.............................

Semoga budak itu mampu hidup dengan ketabahan kerana TUHAN akan sentiasa bersamanya..
Kesian dia..KESIAN.....

Ingat,cerita ni bukan untuk meminta simpati,hanya untuk direnungkan..
Jangan memberi harapan jika kita tahu satu hari nanti kita akn menarik semula harapan itu..
Ia amat menykitkan..

-THE END-

ps:aku dah selesaikan cter budak jalanan tu..
K ,
jumpa lagi...
CHOWWWWWWWWWW:)

KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH..=)


-10.25 PM-
-LEAVING- 


2 comments: